Bukan sahaja sedap tapi cepat masak, pasti membangkit selera suami, ini resepi daging goreng basah

Oleh ISMAIL YAHYA

Nampak seakan masak kicap, tapi sebenarnya ini adalah daging goreng basah atau juga dikenali sebagai daging goreng berlengas.

Hidangan ini menjadi basah dan berlengas hasil kombinasi pelbagai sos yang menjadikannya berkuah dan sangat lazat.

Paling menarik, cara penyediaannya sangat mudah. Hidangan ini sudah cukup enak dimakan bersama ulam timun.

Resipi Daging Goreng Basah

Bahan-bahan:

Bukan sahaja sedap tapi cepat masak, pasti membangkit selera suami, ini resepi daging goreng basah

800 gm daging (pilih daging berlemak atau daging berurat)
3 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar pes cili Maepranom (boleh juga gunakan cili boh)
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili dan sos tomato
2 sudu besar sos ikan
Garam dan perasa secukup rasa
1/2 keping gula nisan
1 biji limau nipis

Bahan sayur-sayuran:

-6 biji cili padi merah dan hijau
-2 biji bawang Holland
-Lada solok dan lobak merah (jika suka)

Cara Penyediaan:

Perap daging: Gaulkan daging dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata.

Goreng daging: Panaskan minyak dan goreng daging dengan api perlahan sambil dikacau sebati.

Masak pes cili: Masukkan pes cili ke dalam kuali dan gaul rata. Tambahkan air dan masak daging sehingga empuk.

Tambah sos: Setelah daging empuk, masukkan semua jenis sos dan kicap bersama gula nisan. Gaul rata dan terus goreng sehingga masak.

Masukkan sayur: Tambahkan bahan sayur ke dalam kuali dan goreng sehingga sedikit layu.

Perasakan: Masukkan garam, perasa, dan perahkan sedikit jus limau nipis. Kacau sebati, matikan api, dan hidangan siap untuk dinikmati.

BACA: Bukan agama islam tapi guna nama islam ketika berniaga demi keuntungan, saman RM 1 juta menanti anda