Bukan saja-saja letak, rupanya ini fungsi sebenar loceng yang ada pada kubur

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Sebelum kemajuan perubatan moden seperti hari ini, doktor seringkali menghadapi kesulitan untuk membezakan antara kematian, koma,

lumpuh, dan katalepsi. Pada zaman dahulu, alat perubatan terhad menyukarkan doktor untuk mengesahkan status hidup seseorang,

seperti denyutan jantung, aktiviti otak, dan fungsi pernafasan yang sukar dikesan.

Bukan saja-saja letak, rupanya ini fungsi sebenar loceng yang ada pada kubur

Oleh itu, untuk memastikan seseorang benar-benar telah meninggal dunia, doktor pada kurun ke-19 mengamalkan beberapa petunjuk seperti hilang kesedaran, keadaan tidak bergerak, ketiadaan denyutan nadi, atau pengerasan anggota badan.

Pada masa itu, ramai yang meninggal dunia di rumah dan disahkan oleh ahli keluarga. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, beberapa hospital di London menyediakan rumah mayat di mana mayat disimpan untuk beberapa hari untuk melihat tanda-tanda reput sebagai petunjuk kematian.

Keranda Keselamatan

Pada akhir kurun ke-17, timbul ketakutan terhadap tafofobia, iaitu ketakutan untuk dikubur hidup-hidup. Ini menyebabkan orang mencipta keranda keselamatan dengan mekanisme istimewa untuk membolehkan mereka yang dikubur hidup-hidup memberitahu orang lain tentang keadaan mereka.

Awalnya, keranda keselamatan hanya dilengkapi dengan tali yang diikat pada jari mayat. Apabila tali ditarik, loceng di atas kubur akan berbunyi. Namun, keranda keselamatan rasmi pertama diperbuat untuk Duke Ferdinand dari Brunswick sebelum kematiannya pada 1792. Keranda ini mempunyai tingkap untuk cahaya masuk, tiub pernafasan, dan kunci yang boleh dibuka dari dalam. Walau bagaimanapun, Duke tidak pernah menggunakan kunci tersebut.

Walaupun popular, keberkesanan keranda keselamatan ini tidak diketahui. Pengkritik pada masa itu meragukan keberkesanan kerana kekurangan bekalan udara, yang menyulitkan individu yang dikubur hidup-hidup untuk melarikan diri.

Kisah orang yang ditanam hidup-hidup

Jadi dekat bawah ni merupakan beberapa kisah orang yang disangka telah meninggal dunia dan dikebumikan, namun sebenarnya telah ditanam hidup-hidup. Memang menakutkan!

1. Anna Hockwalt

Pada Februari 1884, Anna Hockwalt tiba-tiba meninggal dunia ketika menghadiri perkahwinan abangnya. Seorang doktor telah dipanggil untuk memeriksa wanita ini dan dia telah disahkan meninggal dunia serta merta ekoran serangan jantung. Anna kemudiannya telah dikebumikan namun rakan-rakannya mula mempersoalkan kematian tersebut.

Apabila ahli keluarganya kemudian membuat keputusan untuk menggali semula kubur Anna, mereka temui mayatnya telah berpusing, jarinya telah digigit sampai ke tulang dan tangannya penuh dengan rambut. Dari keadaan mayatnya itu, memang jelas Anna telah menderita kerana ditanam hidup-hidup.

2. Philomele Jonetre

Philomele Jonetre telah disahkan mati pada 1867 selepas dijangkiti penyakit kolera. Keluarganya telah mengebumikan mayatnya beberapa jam kemudian bagi mengelakkan penyakitnya itu berjangkit.

Tapi lepas beberapa jam, penggali kubur telah mendengar bunyi ketukan dari dalam keranda. Kubur tersebut telah digali semula dan Philome telah dibawa untuk berjumpa dengan doktor namun dia sekali lagi telah disahkan meninggal dunia dan menjalani pengebumian keduanya pada keesokan harinya.

3. Tom Guerin

Pada pertengahan kurun ke-18, Ireland telah mengalami satu tempoh yang dipanggil Kebuluran Besar di mana kelaparan dan penyakit telah membunuh lebih dari 1 juta orang. Disebabkan ini, ramai orang yang meninggal dunia perlu dikebumikan secepat mungkin tanpa berjumpa dengan paderi mahu pun doktor untuk mengesahkan kematian.

Perkara yang sama turut menimpa Tom apabila dia telah dikebumikan dengan cepat di dalam pengebumian beramai-ramai. Terdapat beberapa teori tentang bagaimana Tom ditemui, tapi teori paling popular adalah apabila cangkul penggali kubur dikatakan telah terkena kaki Tom dan menyedari bahawa kanak-kanak berusia tiga tahun ini masih hidup.

Kerana ini, apabila Tom digali keluar dari kuburnya, kakinya telah patah dan dia tempang seumur hidup akibat insiden tersebut. Pun begitu, lelaki ini telah hidup selama 50 tahun dan turut menjadi seorang penyair.

4. Angelo Hays

Pada 1937, seorang lelaki dari Perancis, Angelo Hays telah mengalami kemalangan motosikal yang menyebabkan muka dan kepalanya cedera parah. Kecederaan tersebut sangat teruk sehingga dia telah disahkan meninggal dunia tiga hari kemudian.

Apabila syarikat insurans mencurigai kematiannya selepas bapa Angelo mengeluarkan wang insurans anaknya ini, mereka meminta untuk mayat Angelo dikeluarkan. Selepas kubur digali, mereka temui mayat Angelo masih hangat.

Ekoran ini, Angelo telah dihantar semula ke hospital dan telah dirawat dan dapat hidup beberapa tahun lagi. Lelaki ini juga turut mencipta keranda keselamatan yang lengkap dengan oven kecil, peti air dan pemain kaset.

5. Mike Meaney

Antara kes yang tak lama sangat berlaku merupakan seorang kontraktor Mike Meaney yang rasai sendiri pengalaman untuk ditanam sedalam enam kaki secara sukarela.

Mike yang cuba mendapatkan populariti telah membuat keputusan untuk pecahkan rekod sebagai manusia pertama paling lama ditanam hidup-hidup pada 1968.

Jadi, pada 12 Februari 1968, dihadapan ribuan penonton dan wartawan, Mike telah ditanam dan selama 61 hari, lelaki ini telah makan, bersenam secara baring, membaca buku dan tidur di dalam kerandanya sebelum dia “dihidupkan semula” pada April sambil menerima sorakan dari penyokongnya.

BACA: “Suami cakap, dia benci melihat aku, rupanya dia tak pernah pun mencintai aku, dia mengakui dia hanya berpura-pura bahagia selama ni”