Hi semua. Ini kisah pahit aku yang menjadi trauma dalam hidup aku.
Aku umur 16 tahun masa dapat tau bapa ada perempuan simpanan. Dan masa tu ibubapa aku dah dalam umur akhir 40-an mereka.
Sepatutnya pada waktu itu mereka dah berfikir nak buat apa waktu pencen.
Tapi bukan bagi bapa aku, lain benar cari pemikiran dia.
Dia terlalu cintakan kekasihnya sampai ingin nak buat dia isteri yang kedua.
Tapi tanpa dia sedari, dia telah membuat keputusan yang akan membebankan dirinya dan keluarganya.
Ini adalah cerita realiti poIigami pada usia tak berapa muda. Betul lah orang kata, bila dah sampai umur 40-an, akan ada cabaran yang lebih besar menanti. Bapa dan ibu seringkali turun naik mahkamah. Bapa mahu poIigami, tapi ibu membantah.
Dan akhirnya ayah menang kes tu. Dia berjanji di depan hakim yang dia mampu dan akan berlaku adil terhadap kedua isteri. Sejak tu, hidup kami berubah 100 peratus. Bapa ada jadual untuk tidur di rumah yang mana. Dan kami mula nampak janji dia untuk berlaku adil memang langsung tak ditepati. Dia banyak belanjakan duitnya kepada isteri kedua.
Isteri kedua kemudiannya melahirkan 3 orang anak. Dengan isteri pertama pun ada 3 orang anak. Jangan tanya perbezaan umur. Memang 20 tahun beza umur kami dengan adik – adik kecil tu. Isteri ke-2 pula tidak bekerja, surirumah dan menjaga ketiga anaknya.
Jadinya, bapa memang 100% tanggung keluarga yang keduanya. Mereka selalu keluar berdua dan bila mereka keluar berdating, anak – anak mereka ditinggalkan dengan ibu, minta isteri pertama menjaganya. Tapi dengan ibu, bapa jarang sekali bawak pergi dating.
Malam valentine bapa siap bawak isteri ke-2 pergi makan dinner, romantik dan tinggalkan anak – anaknya di rumah isteri pertama. Dimana janji-janji dia yang kononnya akan berlaku adil semasa turun naik mahkamah dulu?
Bapa seringkali mengeIuh tentang masalah kewangan. Maklumlah, isteri ke-2 boleh tahan maintenance tinggi. Sewa rumah, bil dan sekolah anak – anak keluarga kedua sem4kin membebankan bapa. Seringkali dia mengeIuh pada kami, anak – anak dia yang dah besar ni untuk tolong dia dengan rumah keluarga pertama ni.
Dengan kata lain, dia mahu lepaskan tanggungjawab dia pada keluarga pertama supaya dia boleh menjaga keluarga kedua. Dia sem4kin penat memikirkan duit dan sem4kin banyak mengeIuh. Umur untuk pencen pula sem4kin dekat. Dan itu buat bapa lagi runsing.
Anak – anak hasil yang pertama sem4kin dewasa. Mereka dah mula berkahwin dan mempunyai anak mereka sendiri. Bapa telah memilih jalan hidup yang bakal buat semua susah. Bukan saja dia telah bebankan dirinya, dia juga telah bebankan anak – anak pertamanya untuk memikirkan hal adik – adik kecil yang baru mula bersekolah sedangkan mereka sendiri baru nak mulakan keluarga.
Bukan tu je, bapa akan susahkan anak – anak kecilnya juga. Bapa mungkin dah tak ada semasa mereka masuk sekolah menengah, atau semasa mereka masuk Uni. Siapa mahu membiayai semua tu? Kami? Anak – anak yang pertama ni akan ada keluarga sendiri dan sudah kena fikir anak mereka sendiri.
Bagaimana dengan hidup anak – anak kecil tu? Mereka akan rasa susah dikemudian hari kerana bapanya dah tiada untuk menyara mereka. Yang boleh tolong mereka hanyalah adik – beradik tuanya. Tapi persoalannya lagi, mampukah mereka sara adik – adik kecilnya sekali dengan keluarga mereka?
Masa akan berlalu. Penyesalan mungkin akan berlaku. Tapi pada masa tu, semuanya dah tak boleh di ubah. Kita dah tak boleh kembali ke masa lalu. Semua orang terp4ksa juga harungi. Terp4ksa hidup dengan apa yang dah terjadi.
Wahai lelaki yang teringin nak kahwin lagi, fikirlah jauh terutamanya usia dah masuk 40 tahun. Waktu tu patutnya korang dah fikir nak relax umur 50 tu. Bukannya tambahkan lagi tanggungjawab dan beban. Sekejap je syok bercinta tu.
Bila anak hasil yang kedua tu dah bersekolah, barulah korang akan rasa susahnya. Malah, korang juga akan tempiaskan kesusahan korang tu kat ramai lagi orang. Dah elok-elok, anak yang sedia ada dah besar panjang, kena jaga tanggung anak-anak kecil plak.
Janagn salah faham, aku tak salahkan anak-anak kecil tu. Salah bapak aku, tak mampu tapi acah-acah mampu sebab nafsu. Yang perempuan tu pun sama, tak pikir panjang. Benda tu seronok masa haram je, bila dah halal lain rasanya sebab dah terik4t dengan tanggungjawab. – JN
Perkongsian yang ditulis oleh penulis telah mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Rata – rata bersimpati atas apa yang terp4ksa dihadapi oleh ibu penulis yang menjadi m4ngsa dan kini terp4ksa menggalas ‘beban’ menjaga anak – anak yang bukan tanggungjawabnya. Apa – apa pun semoga kisah sebegini dapat dijadikan pengajaran kepada orang lain di luar sana.
Komen W4rganet :
Sameera Rahman : Banyak contoh, banyak tauladan, banyak juga yang masih buat. Sebab sikap manusia sentiasa lupa, sentiasa takbur kononnya mampu. Yang mampu hanyalah nafsu walhal tenaga lemah, kewangan pun lemah.
Bila agaknya nak tambah amal ibadah bila sibuk pelihara anak. Kalau rasa tak mampu mengawal nafsu berpuasa la. Lain la kalau kaya raya dianjurkan untuk bantu ibu – ibu tunggal yang sedia ada anak bukan baru nak buat anak..
Effiza Muhammad : Saya pun nampak kejadian gini depan mata. Anak isteri baru membebankan anak – anak isteri pertama. Ayah dah berumur dan isteri baru asyik s4kit.
Saya lama dah fikir siapa akan jaga anak isteri kedua kalau ayah dan ibu dia tak de nanti? Membebankan anak – anak isteri pertama gak.
BACA: Akhirnya Ifa Raziah tampil menjelaskan dakwaan memperlekehkan kaum Iban