Bung Mokhtar tumpang sekaki ‘bangang’ kan Timb Menteri PN

Bung Mokhtar tumpang sekaki ‘bangang’ kan Timb Menteri PN

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin tampil sebagai pemimpin BN terbaru yang mengkritik Timbalan Menteri Kesihatan, Noor Azmi Ghazali yang gagal mematuhi prosedur operasi piawai (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Tak faham aku, kalau kata tak bijak tak patut, kalau orang kata bangang mungkin ya.

“Hari-hari kita berkata jangan buat perkumpulan jangan makan ramai-ramai, jangan keluar rumah, dia buat juga.

“Confirm bangang,” ciapnya di Twitter.