Bunga Isme mengaku dah kahwin tahun lepas, ini sebab lama kunci mulut

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Bunga Isme akhirnya mengakui bahawa dia telah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Razqa, Amzar Sabri, pada tahun lalu.

Enggan berkongsi lanjut mengenai perkahwinan mereka, Bunga atau Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 24,

Beliau menyatakan bahawa pernikahannya adalah ketentuan dan rezeki setelah menamatkan pengajian di universiti.

“Alhamdulillah, kami sudah berbincang tentang hal ini (berkahwin) dan semua urusan dipermudahkan.

Pernikahan kami sudah pun berlangsung pada tahun lalu. Saya hanya boleh cakap, selepas selesai belajar, rezeki (pernikahan) itu datang lebih awal,” katanya.

Bunga Isme mengaku dah kahwin tahun lepas, ini sebab lama kunci mulut

Bunga berkongsi perkara ini menerusi sidang media Majlis Pelancaran Warner Music Festival yang diadakan di Mont Kiara, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Dalam pada itu, Bunga mengakui dia tidak menyangka bakal berkahwin pada usia muda. Memandangkan dia dan suami sudah lama berkawan, mereka sepakat untuk menghormati permintaan kedua belah keluarga untuk mengakhiri hubungan tersebut dengan pernikahan.

“Saya pun tidak menjangkakannya tetapi saya menghormati keputusan kedua-dua belah keluarga. Lagipun kami (dengan Amzar) sudah berkawan sangat lama, jadi kami bersetuju untuk mengakhiri hubungan ini dengan perkahwinan. Sebenarnya kami mahu bersederhana sahaja, lebih senang dan tenang untuk menjalani kehidupan seterusnya. Majlis pula diraikan bersama keluarga dan sahabat terdekat sahaja,” ujarnya.

Ditanya mengenai pilihan mendirikan rumah tangga ketika nama sedang meniti puncak kerjaya, Bunga berkata dia melihatnya dari sudut positif dan percaya kepada rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Penyanyi lagu “Intan Payung” ini bagaimanapun menyatakan bahawa dia belum merancang untuk menimang cahaya mata, namun tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki anak lebih awal.

“Kalau nak cerita tentang kemuncak karier saya, saya sangat percaya dengan rezeki Tuhan. Oleh sebab itu, saya tidak teragak-agak untuk mendirikan rumah tangga pada usia muda. Kami belum merancang untuk menimang cahaya mata kerana mahu memberi fokus kepada kerjaya. Namun, kami tidak menolak sekiranya dikurniakan anak lebih awal,” katanya.

Pada bulan April lalu, status hubungan Bunga menjadi tanda tanya peminat apabila dia dilihat mengenakan pakaian sedondon dan beraya bersama Amzar pada 1 Syawal. Foto mesra yang dikongsi Amzar di akaun Instagramnya turut mengundang pertanyaan ramai, sehingga ada yang membuat andaian mereka kini sudah sah bergelar suami isteri.

Bunga bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hal tersebut dan menyatakan bahawa dia akan berkongsi mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

Sebelum ini, ketika temu bual bersama mStar, Bunga memberitahu bahawa keluarga Amzar sudah datang merisik pada Februari tahun lalu. Malah, mereka memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

BACA: Johan Ghazali sengaja kongsi mesej ‘mummy’ tawar wang RM200,000, sekali lain pula jadi