Bungkusan makanan tersadai, MP Cheras masih dinafikan kelulusan untuk edarkan bantuan

Bungkusan makanan tersadai, MP Cheras masih dinafikan kelulusan untuk edarkan bantuan

Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai naik angin apabila mendapati lebih 700 bungkusan makanan yang ditaja kerajaan bagi membantu golongan terjejas akibat Covid-19, masih lagi dibiar tersadai di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Empat hari lalu, Tan sudah membangkitkan tentang makanan yang tak diagihkan itu.

“Ya Tuhan! Bantuan (makanan) tu masih di sini!” kata anggota parlimen Cheras itu ketika melawat kompleks sukan berkenaan petang semalam.

Mengikut perkiraan Malaysiakini, terdapat sejumlah 750 bungkusan makanan dan 750 paket beras 10kg di situ.

Bungkusan makanan itu mengandungi dua bungkus tepung gandum, tiga bungkus minyak masak, tiga bungkus gula, sebungkus mihun, sebungkus garam, tiga tin sardin, tiga tin susu sejat, sebotol kicap, sebotol cili sos, tiga bungkus biskut, sebungkus cili kering, sebungkus serbuk kopi dan sebungkus teh.

Berdasarkan pemeriksaan harga di laman web Tesco, setiap bungkusan makanan dianggarkan bernilai kira-kira RM110.

Tan memberitahu Malaysiakini bahawa dia menerima permohonan bantuan daripada penduduk kawasannya tetapi pihak berkuasa belum memberinya lampu hijau untuk mengagihkan bungkusan makanan tersebut.

Pengerusi DAP Kebangsaan itu kemudiannya menunjukkan beberapa e-mel yang diterimanya daripada orang awam, yang memohon untuk mendapatkan bantuan makanan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/522191