Cadangan ‘MENTERI SUPIK BERAS’ perlu dikaji balik

Cadangan ‘MENTERI SUPIK BERAS’ perlu dikaji balik

Hasrat Menteri Wilayah Persekutuan untuk terus mengadakan bazar Ramadhan dengan dengan saiz lebih kecil sepanjang bulan Ramadhan ini mungkin perlu difikirkan semula. Kata Annuar, tidak semestinya apabila Singapura tidak mengadakan bazar Ramadhan maka Malaysia juga perlu berbuat demikian.

Kita faham keprihatinan “Menteri Supik Beras” itu kepada umat Islam, tetapi apa lebih penting yang beliau kena fikirkan mengenai bahaya wabak Covid-19 itu. Jika dalam masa dua minggu ini tiada tanda-tanda menunjukkan pemerebakannya berkurang elok bazar Ramadhan itu ditiadakan terus.

Menteri supik beras memberi alasan bazar Ramadhan penting untuk masyarakat bandar mendapatkan makanan selepas bekerja. Alasan itu tidak munasabah tanpa melihat bahaya Covid-19 lebih bahaya daripada kesusahan nak dapatkan makanan.

Tidak timbul masyarakat bandar susah hendak mendapat barang makanan. Hari ini pun selama seminggu tanpa bazar ternyata orang ramai masih boleh mendapatkan bahan makanan. Belum ini laporan mengatakan ada orang mati kerana tidak dapat makanan.

Begitu juga kalau bazar itu diadakan untuk memberi rezeki kepada orang ramai, peniaga kecil ia tidak berbangkit lagi kerana kerajaan sudah sediakan RM120 billion untuk bantu rakyat. Jika tidak cukup kerajaan bola tambah bantuan berupa one off itu. Kita duit banyakkan?

Annuar patut memikirkan keselamatan nyawa daripada cuba hendak tunjukkan dia bekerja untuk rakyat dengan mencadangkan agar bazar Ramadhan terus diadakan. Untuk menunjukkan prihatin kepada rakyat bagi saya bukan seperti itu. Bukan dengan bubuh gambar disupik beras.

Sumber :