Calon BN pakai doktor palsu? Habis individu ini ‘londeh’, siap tunjuk bukti

Oleh GEMILANGDAILY

Calon BN pakai doktor palsu? Habis individu ini ‘londeh’, siap tunjuk bukti. Calon BN bagi Parlimen Pengkalan Chepa didakwa memiliki kedoktoran palsu apabila disemak di dalam databased Malaysia Medical Council (MMC) nama calon itu tidak muncul.

Ianya telah didedahkan seorang pengguna facebook Liyana Marzuki di mana semua di Universiti Gadjah Mada, program perubatan 4 campur 2 tahun di mana 4 tahun untuk Ijazah Perubatan dan 2 tahun untuk Medical Doctor (MD).

“Makanya kalau stage 1 saja dia habiskan, dia tak layak jadi doktor pun. Housemanship pun tak boleh buat.

“Bukan rahsia setakat ijazah di Universiti Gadjah Mada Indonesia ia tidak cukup untuk menjadikan seorang itu Doktor pengamal perubatan di Malaysia,” katanya.

Calon BN Dr Mohd Hafiezulniezam Mohd mempamerkan latar belakang pendidikannya yang memiliki kelulusan doktor perubatan di Uni Gadjah Mada yang diberi gelaran Sarjana Kedoktoran.

Calon BN pakai doktor palsu? Habis individu ini 'londeh', siap tunjuk bukti

Menurut Liyana yang paliknya rekod dia dalam database Pendidikan Tinggi Indonesia menunjukkan status mahasiswanya direkodkan hilang.

“Saya tanya kawan-kawan di sana, itu menunjukkan dia tak habis belajar.

“Maknanya jika semua ini benar calon BN Pengkalan Chepa adalah penjenayah kerana menjadi doktor secara haram.

“Ini baru level calon, kalau dah jadi Menteri, macam mana pula?

“Mohon calon BN Pengkalan Chepa jawab dan nampaknya dalam tergesa-gesa Zahid mencantas orang dan cari yang lembu cucuk hidung jelas dia main sauk saja penyamun dan penipu seperti dia,” kata Liyana.

Susulan pendedahan Liyana itu, calon BN terbabit telah membuat laporan polis terhadap Liyana dengan mengatakan ianya satu fitnah.

“Fitnah. Fitnah tang mana kalau nama dia tiada dalam database MMC? Tak layak nak practice.

“Katanya pula dia ada 2 sijil Ijazah tu. Dia sudah serahkan kepada pihak polis.

“Maknanya apa ni? Bukan saja dia takde rekod dengan MMC, tak boleh jadi doktor. Rekod di Indonesia juga tunjukkan dia mengaji tak habis. Ater macam mana?

“Bila dia masuk dalam CV calon, dia doktor dan mengaku buka klinik, orang kampung akan otomatik ingat doktor bertauliah. Ada pulak bukti dari portal rasmi Indonesia dia belajar tak habis. So macam mana boleh guna Dr pula?

“CV tu pun dah menjurus kepada misrepresentation kepada pengundi. Itu yang kita persoal. Dia ni mungkin akan jadi Wakil Rakyat.

“Tapisan kena la tinggi. Kalau jadi ADUN atau MP akan handle rahsia Kerajaan dan negara. Kita nak la lantik yang berkaliber.

Soalan saya lagi satu, kalau lah dia cakap dia boleh pakai gelaran doktor tanpa ada rekod MMC, boleh ke dia buat “pemeriksaan kesihatan seperti dalam video kempen dia ni?” soal Liyana.

“Saya sedia hadapi tindakan yang dibuat, berani kerana benar. Kena ingat, buat laporan polis palsu juga, boleh kena penjara,” kata Liyana lagi.

BACA:

Dina kecil hati dengan komen keras Tok Ram?

‘Rindu panggilan Abang’ – Kasih suami tetap setia jaga 18 tahun isteri dalam koma

Campur 2 bahan ini sahaja dah buatkan Cokctail anda rasa ‘heaven’