Caprice kecam idea Dr Zaliha beri pad percuma, ‘saya anti orang bodoh’

Caprice kecam idea Dr Zaliha beri pad percuma, ‘saya anti orang bodoh’. Penyanyi rap penuh kontroversi, Caprice tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Menteri Kesihatan yang memulakan inisiatif memberikan tuala wanita secara percuma di tandas kementeriannya.

Dalam hantaran video yang dimuat naik di Instagram, Caprice dilihat mempersoalkan tindakan Dr Zaliha yang tidak memberikan tuala wanita percuma kepada golongan miskin dan gelandangan.

Katanya lagi, dia tidak boleh menerima tindakan tersebut dan menafikan bahawa dia seorang ‘anti-pakatan harapan’ tetapi anti orang yang membuat perkara bodoh.

Saya tak boleh terima. Come on Malaysia. Kita baru saja keluar daripada Covid. Sesetengah orang fikir saya anti-PH. Saya bukan anti-PH. Saya cuma anti orang dan keputusan bodoh.

Caprice kecam idea Dr Zaliha beri pad percuma, 'saya anti orang bodoh'

Adakah ini Raja Lawak? Kita sebagai rakyat ada hak untuk bersuara dan ini bukanlah permulaan yang baik untuk Malaysia baharu.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi menterinya, Dr Zaliha mengumumkan bahawa pihak mereka akan memulakan program pemberian tuala wanita percuma bagi menangani isu kemiskinan haid.

Inisiatif itu menurut Dr Zaliha dimulakan di pejabat KKM sendiri sebelum dipraktikkan di tempat lain.

BACA:

GPS tandatangan perjanjian sokong kerajaan perpaduan Anwar

Kecoh video ‘lelaki’ dari Malaysia pakai ihram tapi bersuara wanita

Arif Aiman tunjuk kereta harga setengah juta, hasil main dengan JDT