Caprice luah hasrat nak menyanyi dengan Aliff Syukri, sekali timbul isu baru pula

Caprice luah hasrat nak menyanyi dengan Aliff Syukri, sekali timbul isu baru pula

Caprice luah hasrat nak menyanyi dengan Aliff Syukri, sekali timbul isu baru pula. Penyanyi rap, Caprice membuat perkongsian di media sosial, meluahkan rasa teruja akan kejayaan rakannya yang juga merupakan penyanyi hiphop kelahiran Singapura, Alyph yang tampil dengan lagu terbaharu berjudul Swipe.

Dalam pada itu, Caprice juga meluahkan hasrat mahu berkolaborasi bersama usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang sebelum ini pernah dikritik selepas menghasil kan lagu dangdut berjudul Baby Sayang bersama penyanyi terkenal, Baby Shima. “2nd of all, alang-alang jom ah @aliffsyukriterlajaklaris buat lagu. Tanpa any sotongs ahh.. “-Tulis Caprice.

Pelbagai Reaksi Warganet

Caprice luah hasrat nak menyanyi dengan Aliff Syukri, sekali timbul isu baru pula

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata rata warganet tampil memberikan pandangan mereka, malah ada yang seolah-olah “menyindir” Caprice mengenai perkembangan kes samannya terhadap sebuah rangkaian pemborong dan peruncit tempatan halal terbesar di Malaysia, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN). “Perlu ke invite orang dengan perli-perli macam tu?.” “Apa perkembangan kes nak saman MYDIN tu? Kami nak tau gak.”

“Mydin bila nak kena saman, takkan sembang je. Hmm tak best la macam ni.” “Nak melawak pun tengok la situasi… Allah tengah menguji kesabaran alif syukri dengan isteri dia tu.. Member tgh serabut walaupun buat cool buat relax.. Tiba2 caption pun.. Tak boleh ke nak taip.. In sha Allah boleh jika ada rezeki lebih untuk kami bekerjasama dengan dia.. Kan lebih elok camtu.. Jahat manusia sekarang ni mcm2.”

Terdahulu, nama Caprice menjadi perhatian selepas mahu memfailkan tuntutan saman terhadap Syarikat MYDIN yang didakwa telah menyindir beliau. Jelas Caprice, dia akui rasa kecewa dan terkejut akan sindiran terhadapnya yang sedang bergelut menyelesaikan kes yang besar.

BACA:

Kakak dedah perangai sebenar Iman Troye buat peminat terkejut

Ebit Lew bagi kereta dekat akak rider, ‘tak tahan tengok bawa anak sekali cari rezeki’

Reaksi sedih Oyen tengok ikan rebus dah habis buat kita rasa nak menangis

CATEGORIES