Paling mencabar ketika siang ikan. Apa yang membuatkan semua stres adalah sisik ikan yang bersepah di seluruh dapur setiap kali mula bersiang!
Persoalannya, adakah cara yang lebih mudah untuk buang sisik ikan tanpa menyebabkan dapur anda bersepah?
Kalau ingin kerja yang lebih mudah, anda boleh terus ‘request’ kepada penjual ikan untuk tolong siangkan, tetapi sampai bila anda ingin mengharapkan orang lain?
Lambat laun, kita yang masuk dapur ini perlu belajar juga cara bersiang ikan yang betul
Jom ikuti perkongsian kali ini tentang cara mudah untuk buang sisik ikan supaya dapur anda tidak bersepah.
1. Buang sisik ikan – Bersihkan di bawah air paip
Langkah pertama adalah buang isi perut ikan terlebih dahulu, kemudian bersihkan sisiknya di bawah air paip yang mengalir menggunakan tangan. Dengan menggunakan air yang sedang mengalir, sisik-sisik ikan tidak akan melompat merata di seluruh dapur anda!
2. Serongkan mata pisau
Ketika hendak mula mengikis, pastikan mata pisau dalam keadaan menyerong dan bukannya menegak. Jika anda mengikis secara menegak, sisik ikan akan terus terkeluar dan melompat ke arah yang berbeza, itulah punca dapur bersepah!
Pegang ikan dan mulakan proses mengikis sisik dengan menekan sedikit mata pisau ke badan ikan. Ingat, jangan tekan terlalu kuat, risau ikan anda akan rosak!
3. Guna garfu untuk buang sisik
Petua ini sesuai untuk mereka yang baru belajar di dapur. Memang biasa jika anda risau menggunakan pisau, takut ia akan mencederakan tangan. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, gantikan pisau dengan garfu.
Paling menarik, menggunakan garfu ini, setiap orang boleh melakukannya. Nak minta tolong anak kikis sisik pun boleh, memandangkan ia tidak berbahaya seperti menggunakan pisau!
Kebiasaannya, tiga langkah ini adalah yang orang amalkan ketika bersiang ikan supaya sisiknya tidak bersepah melompat di dapur.
Ada juga cara yang lebih mudah, iaitu dengan membeli produk khas untuk buang sisik ikan di Shopee, tetapi alternatif ini semestinya lebih menjimatkan duit poket anda!
BACA: Menteri jawab penafian GISBH tak amal ajaran sesar buat anak pengasas Al-Arqam terkedu