Ikan sardin dalam tin merupakan makanan pilihan ramai, terutama bagi mereka yang mempunyai bajet bulanan yang terhad.
Ia sering dianggap hidangan penyedap golongan marhaen kerana harganya yang lebih murah berbanding ikan segar, selain mudah disediakan.
Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, harga sardin dalam tin telah meningkat dengan mendadak dan hampir mencecah harga separuh ayam mentah
Oleh itu, apa kata anda cuba hasilkan sendiri hidangan istimewa ini dan jadikannya stok untuk ‘kecemasan’?
Langkah penyediaan yang dikongsikan oleh Eniza M Salim di laman Facebook juga mudah untuk diikuti.
Bahan-bahan:
1 kg ikan sardin
4 biji bawang besar
4 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 sudu besar cili kering yang telah dikisar
Sebiji tomato, dipotong dadu
5 biji cili, dibelah dua
4 sudu besar sos cili dan sedikit sos tomato
1/2 tin tomato puree
1/2 sudu besar garam
2 sudu besar gula
1 sudu besar sos tiram
2 cawan air
2 biji limau nipis untuk perap ikan
Minyak untuk menumis
Cara penyediaan:
Potong ekor dan kepala ikan, kemudian bersihkan dan perap dengan garam serta perahan limau nipis selama 10 minit.
Basuh semula ikan dan toskan airnya.
Kisar bawang merah, bawang putih, halia, dan sepotong tomato.
Tumis bahan kisar dalam minyak (lebih kurang suku cawan) hingga wangi.
Apabila garing, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
Tambahkan sos tiram, tomato puree, tomato potong, cili, garam, dan gula, kemudian kacau rata.
Masukkan air dan aduk semua bahan hingga sebati.
Tambahkan ikan dan tutup periuk. Biarkan masak selama 80 minit.
Tip: Lebih mudah jika menggunakan periuk jenis pressure cooker kerana tulangnya akan turut lembut seperti sardin dalam tin. Namun, anda juga boleh menggunakan periuk biasa.
BACA: ‘Bila mak pejam mata je kau terus jadi gengster’ Ummi Hafilda dedah perangai sebenar Azmin Ali