Cara kawal serangga bawah daun, ini 3 langkah mudah
Langkah 1: Cabut Rumput & Rumpai
Perhatikan di sekitar polibag dan batas tanaman kita, jika ada rumput rumpai ini, perlu dicabut.
Ini kerana selepas kita buat aktiviti semburan serangga, baik organik mahupun kimia, bena putih atau serangga perosak lain akan menjadikan kawasan semak ini sebagai perumah kedua mereka.
Buat secara berkala, dan jadikan rutin agar tidak berlambak dan bertindan dengan kerja-kerja penanaman lain.
Langkah 2: Buat Kawalan Serangga Secara Berjadual
Peringkat awal serangan, kita dapat perhatikan permukaan daun tidak terjejas dengan masalah kerinting atau kerekot.
Pada peringkat ini, bahagian yang diserang boleh dipangkas dan dimusnahkan. Kemudian, disembur dengan kawalan serangga Repellente.
Kawalan Serangga Organik:
Semburan Repellente berjadual seminggu dua kali perlu dipatuhi agar serangan yang sama tidak berulang.
Pindahkan pokok cili ke tempat terbuka untuk mengurangkan bilangan serangga ini. Air siraman juga dipastikan mencukupi.
Elakkan tempat yang berteduh dan gelap. Serangga ini gemar keadaan sejuk terutama selepas hujan, pasti meriah dengan serangga ini sekiranya tiada kawalan serangga yang teratur.
Kawalan Serangga Kimia
Manakala untuk kawalan secara racun kimia, bahan aktif seperti imidacloprid akan digunakan dalam aktiviti semburan kawalan serangga.
Bagi penggunaan racun kimia ini, perlu diingat bahawa penggunaan alat pelindung diri (Personal Protective Equipment – PPE) perlu digunakan.
Ini bagi mengelakkan kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan saudara.
Langkah 3: Semburan Kawalan Serangga Secara Berkala
Semburan kawalan serangga ini perlu dibuat secara berjadual agar aktiviti penanaman tersebut berjalan dengan baik.
Dalam aktiviti penanaman kebiasannya kita sudah mempunyai jadual gerak kerja (SOP), ini bertujuan memastikan pekerja atau penanam kecil-kecilan yang mengusahakan tanaman tersebut mempunyai skop kerja yang tetap dan teratur.
Tidak lain, ia turut membantu meningkatkan produktiviti dan fokus kepada kerja/aktiviti yang akan dilaksanakan.
Kesan Jika Tiada Kawalan Serangga Berjadual
Pada peringkat akhir serangan, keadaan pokok akan kelihatan berkerinting atau berkerekot teruk.
Pada peringkat ini biasanya pokok tidak mampu kekal bertahan sehingga hujung musim.
Bahkan tiada buah cili baru terhasil dengan baik kerana gangguan serangan vektor ini bersangkut paut dengan pembawakan virus yang membantutkan pertumbuhan pokok cili.
Tonton:
Berita Lain:
Bil Aircond anda tinggi? Ini 6 tip untuk jimat yang wajib anda tahu
Budak delivery pecut X50 hingga 180km/j sampai eksiden, berkecai impian nak merasa
Video isteri curang dengan suami tular, terkantoi bila suami balik ambil barang