Cara lelaki ini ‘stalk’ bekas kekasih buat orang ramai terkejut

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Cara lelaki ini ‘stalk’ bekas kekasih buat orang ramai terkejut nama anak lelaki style rambut lelaki hadiah untuk lelaki gaya rambut lelaki lelaki hensem rambut lelaki gambar anime lelaki jam tangan lelaki lelaki baju kurung lelaki twitter video lelaki hukum lelaki ikat rambut jururawat lelaki perfume lelaki yang disukai wanita anak lelaki cincin kawin lelaki jari mana hormon lelaki jam tangan lelaki [/bg_collapse]

Cara lelaki ini ‘stalk’ bekas kekasih buat orang ramai terkejut. Seperti yang kita sedia maklum, Apple Watch sedia membenarkan pengguna berkongsi lokasi sebenar mereka kepada pengguna lain serta menjejaki peranti jika kehilangan dan sebagainya. Bagaimanapun, ciri ini boleh disalah gunakan yang sekaligus membahayakan seseorang yang menjadi sasaran penjenayah.

Terbaharu, seorang lelaki di Tennessee, Amerika Syarikat telah ditahan kerana didakwa cuba menjejaki bekas kekasihnya dengan melilitkan Apple Watch pada bilah rim tayar kereta mangsa. Dikatakan seorang pengawai keselamatan memaklumkan kepada polis mengenai seorang lelaki yang dikesan sedang mengekori wanita tersebut di Pusat Keselamatan Keluarga.

Cara lelaki ini'stalk' bekas kekasih buat orang ramai terkejut

Mangsa pada ketika itu ingin mendapatkan perintah perlindungan kerana menerima ugutan bunuh beberapa kali daripada suspek. Malah, bekas kekasihnya juga mendakwa suspek ada menggunakan aplikasi Life360 untuk memantau lokasinya secara langsung. Aplikasi Life 360 membolehkan para pengguna berkongsi lokasi 24/7 kepada orang yang dipercayai.

Namun, aplikasi ini juga boleh membahayakan pengguna sekiranya berada di tangan yang salah. Malah, mangsa juga mengatakan kadang-kadang akan deactivate aplikasi tersebut sebelum hadir ke Pusat Keselamatan Keluarga. Malah, suspek juga akan berkeras dengan menghantar mesej mahu mengetahui lokasi sebenar mangsanya.

Menurut polis, mereka mengesan suspek melilitkan Apple Watch miliknya pada bilah rim tayar kereta dan kemudian menggunakan jam tangan berkenaan untuk mengesan pergerakan mangsa.

Suspek juga mengakui bahawa jam tangan itu miliknya seusai berhadapan dengan pihak polis. Lelaki tersebut telah dihadapkan ke mahkamah kerana memasang alat pengesan elektronik bagi tujuan intipan.

Ini juga mungkin kali pertama dilaporkan tentang penggunaan Apple Watch bagi tujuan mengintip seseorang. Namun begitu, peranti penjejak Apple lain iaitu AirTag juga sudah dikesan beberapa kali sebelum digunakan bagi tujuan sedemikian. Oleh itu, Apple sudah berusaha untuk mengatasi masalah tersebut bagi menjaga keselamatan penggunanya.

Pada Februari lalu, Apple telah mengemas kini AirTag untuk mengelakkan masalah penjejakan tanpa kebenaran dan pengintipan.

BACA:

Selepas Zul Ariffin dan Nora Danish, Erry Putra pula buat hal..

Senarai MP kuat ‘ponteng’ dan paling rajin hadir parlimen

Eropah hentikan penjualan Nissan GT-R R35 selepas 13 tahun, ini sebabnya..

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)