Cara mudah hilangkan ‘peta dunia’ di seat kereta anda

Cara mudah hilangkan ‘peta dunia’ di seat kereta anda

Cara mudah hilangkan ‘peta dunia’ di seat kereta anda.Tentu mahal jika anda nak bersihkan seat kereta yang kotor di kedai. Sebaiknya simpan sahaja duit anda itu kerana ada cara yang lebih mudah untuk bersihkan seat kereta. Malah anda hanya guna bahan bajet untuk bersihkan seat kereta seperti baru.

Selain bersihkan seat kereta, anda juga boleh menggunakan cara ini untuk membersihkan segala kekotoran terutamanya pada bahagian panel pintu kereta dengan pantas.

Perkongsian bijak daripada Encik Radi tentang cara-cara membersihkan seat kereta ini boleh anda jadikan panduan.

Bahan yang digunakan:

– 2 sudu cuka
– 1 sudu baking soda
– Secawan air suam

Caranya:

1. Campurkan baking soda bersama dengan cuka dalam air suam.
2. Kacau dan masukkan dalam botol spray.
3. Spray rata pada seat yang kotor dengan jarak 6-8 inci dari seat kereta tersebut
4. Gunakan berus lembut dan gosokkan pada bahagian yang kotor.
5. Lapkan dengan kain microfiber yang telah dibasahkan dengan air.
6. Ulangi langkah 3-6 hingga ia betul-betul jadi bersih.
7. Keringkan dengan vacuum atau guna tuala microfiber hingga kering.

Selain seat kereta, anda juga boleh semburkan ke bahagian-bahagian lain dalam kereta. Barulah bersih luar dan dalam. Apabila ada feel macam kereta baru, barulah hilang rasa stres nak jalan jauh.

Jom ikuti perkongsiannya.

BACA:

Tak perlu beratur panjang, tukar duit raya RM1 dan RM5 dekat sini je..

KWSP : Cara daftar anak umur 14 tahun ke atas

Bentuk Proton X70 versi baharu tular di media sosial, garang habis nampak

CATEGORIES