Cara sebenar nak tahu panggilan palsu dari LHDN

Oleh GEMILANGDAILY

Cara sebenar nak tahu panggilan palsu dari LHDN. Rakyat diminta berwaspada dengan sindiket penipuan panggilan telefon menggunakan nama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang kini sedang berleluasa.

Ketua Pegawai Eksekutif HASiL Datuk Dr Mohd Nizom Sairi memaklumkan, terdapat beberapa aspek yang perlu diperhatikan untuk membezakan antara panggilan LHDN yang benar dan yang palsu.

Menurutnya, pihak LHDN hanya akan membuat panggilan menggunakan talian tetap dan pada hari bekerja.

Cara sebenar nak tahu panggilan palsu dari LHDN

“Kalau terima panggilan contohnya pada hujung minggu, dan daripada nombor telefon bimbit peribadi, itu bukan LHDN.

“Orang ramai yang was-was atau mungkin khuatir sama ada ia panggilan yang asli atau bukan, sebenarnya boleh menyemak dan menelefon semula,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Isnin.

Sehubungan itu, Mohd Nizom memberi jaminan, selain menjalankan tugas mengutip cukai, pihaknya juga akan terus menyalurkan pemberitahuan dan peringatan kepada para pembayar cukai supaya tidak diperdaya pihak tidak bertanggungjawab.

BACA:

Sophia Albarakbah cetus kontroversi lagi, dilihat selamba peluk lelaki dalam wayang

“Mama bangunlah ramai orang datang ini”, disangka ibu sedang tidur gelagat anak kecil ini undang sebak orang ramai