Cara si ayah nyanyi lagu rock pujuk baby menangis buat ramai terpegun, “boleh buat konsert!”. Bukan mudah untuk memujuk bayi atau anak kecil apabila mereka menangis lagi-lagi yang buat perangai lama. Tak pelik kalau sejam dua baby tu melalak je.
Atas bagaimana kreatif mak ayah lah nak handle macam mana bila baby tu asyi menangis je.
Oleh itu, pelbagai cara ibu bapa akan lakukan bagi menenangkan anak mereka. Ada yang berikan mainan, ada yang berikan susu dan ada juga yang menyanyi.
Begitu juga dengan satu video yang tular di media sosial baru-baru ini, berkenaan seorang ayah yang menyanyikan lagu rock untuk memujuk anaknya yang sedang menangis telah mendapat perhatian ramai.
Ayah kena nyanyi lagu rock kapak baru anak tak menangis
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ray_drac di TikTok, kelihatan seorang bayi sedang menangis sambil diperhatikan oleh ayahnya di sisi.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila bayi itu terus berhenti menangis sebaik sahaja ayahnya menyanyi lagu daripada kumpulan rock terkenal, Jinbara.
Namun, apa yang membuat netizen terpegun adalah suara si ayah yang sangat sedap didengar. Tidak hairanlah kenapa anaknya pun suka mendengar.
“Nanti anak dah besar boleh lah ajak karok sama-sama” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video yang dikongsikan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 4.1M views, 502.3K likes dan 3,538 comments di TikTok.
@ray_drac Replying to @st4lkleer2 ♬ original sound – 💰Daddy_Ray💰
BACA:
White House sahkan Joe Biden hidap kanser
Rumah penuh sampah ni jadi kritikan penduduk, ‘dekat 2 tan dah kutip ni..’
Ini scam pelaburan emas terbesar di Malaysia, ramai yang tak sedar terkena