Cari pendapatan tambahan, bekas tentera laut menyamar jadi doktor palsu sejak 2004!

Oleh ISMAIL YAHYA

Seorang ‘doktor palsu’ telah ditahan di Bangkok dan didakwa atas tuduhan menjalankan perkhidmatan perubatan tanpa lesen selama 20 tahun.

Menurut Bangkok Post, lelaki berusia 55 tahun itu sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pegawai tentera laut.

Suspek ditangkap di sebuah klinik di Phetchaburi Soi 31, daerah Ratchathewi pada hari Jumaat, menurut pihak polis.

Penangkapan itu dilakukan susulan aduan daripada penduduk tempatan mengenai sekumpulan ‘doktor palsu’

yang menyediakan perkhidmatan pengguguran bayi di klinik sekitar Jalan Phetchaburi.

Cari pendapatan tambahan, bekas tentera laut menyamar jadi doktor palsu sejak 2004!

Semasa serbuan, suspek mendakwa dia mempunyai lesen perubatan, namun pihak berkuasa tidak dapat mengesan maklumatnya dalam pangkalan data Majlis Perubatan Thailand.

Akhirnya, suspek mengaku telah beroperasi tanpa lesen sejak tahun 2004. Klinik yang dikendalikannya di Phetchaburi Soi 31 telah beroperasi lebih dari 10 tahun.

Keadaan bilik rawatan pesakit di tingkat atas klinik itu didapati sangat teruk dan tidak selamat.

Suspek menjelaskan bahawa dia memperoleh ijazah sarjana muda dalam kejururawatan dan bidan pada tahun 1989. Kemudian, dia dilantik sebagai pegawai kor perubatan tentera laut di sebuah hospital di daerah Sattahip, Chon Buri.

Untuk menambah pendapatannya, dia mula bekerja secara sambilan sebagai doktor tanpa lesen di klinik perubatan itu sejak tahun 2004.

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui sejauh mana kegiatan suspek dan sama ada terdapat mangsa lain yang terlibat.

BACA: ‘Atuk dan nenek buang makcik sebab mengandung anak luar nikah, saat paklong terlantar atas katil, pak long mengaku dialah punca’