Celaru habis! Menteri kata boleh operasi, KKM kata elok jangan operasi

Nampak seperti tiada koordinasi di antara KKM, MKN, MITI dan KPT. Bukankah YAB PM semalam sudah nyatakan setiap langkah yang diambil perlu mendapat nasihat daripada KKM terlebih dahulu?

Mengapa pendirian KKM berbeza dengan apa yang diumum oleh kerajaan semalam?

Air suam – KKM kata tiada bukti.

KPT mahu bawa pulang pelajar IPTA – KKM mohon tangguh dahulu.

MITI mahu benarkan beberapa sektor industri kembali beroperasi – KKM minta tangguh dahulu.

Apabila kerajaan dilihat memberi ‘kelonggaran’ menjelang memasuki Fasa 3 PKP, KKM dilihat mengambil pendirian bertentangan dan menyatakan sepatutnya PKP Fasa 3 lebih diperketat.

Adakah kerajaan benar-benar berunding dengan pemegang taruh (stakeholder) sebelum membuat keputusan? Persatuan Pendandan Rambut Selangor & Wilayah Persekutuan pun menentang cadangan membenarkan kedai gunting rambut beroperasi semula.

Adakah kita tidak simpati dengan barisan hadapan kita yang sedang berjuang siang dan malam untuk melawan virus ini? Sehingga salah seorang dari mereka menangis semasa bercakap kepada Astro Awani semalam. Pengorbanan mereka amat besar. Kita nak ikut arahan duduk rumah pun tak boleh? Kerajaan perlu bertegas dalam hal ini.

Pastikan KKM diutamakan. Dengar nasihat mereka. UTAMAKAN nasihat mereka melebihi Kementerian lain.

Sumber :