‘Cepatnya nak halau saya’, luah KJ

Cepatnya nak halau saya luah KJ

‘Cepatnya nak halau saya’, luah KJ. “Cepatnya nak halau saya. Sudahlah nak halau dari Rembau, sekarang nak halau dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) pula,” kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian secara berseloroh selepas diminta mengulas sama ada Kertas Putih KKM akan diteruskan sekiranya beliau tidak lagi menjawat jawatan sama selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurutnya, ia perlu diteruskan mengikut perancangan sedia ada.

“Kakitangan awam di KKM dilengkapi dengan pengalaman dan berupaya untuk bekerja ketika pertukaran kerajaan tapi untuk tandatangan pada projek seperti Kertas Putih, kita perlu mendapatkan bantuan Majlis Penasihat.

“Pengurusan kanan di KKM juga akan memberi penerangan kepada menteri baharu untuk meneruskan semua perancangan sedia ada,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan IGBA-MOPI di sini, hari ini.

Cepatnya nak halau saya luah KJ'Cepatnya nak halau saya', luah KJ

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, menyentuh mengenai vaksin virus papilloma manusia (HPV), beliau berkata, KKM akan membuat perolehan vaksin berkenaan bagi meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan pelajar perempuan.

Katanya, perolehan dijangka dilakukan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Tambahnya, Malaysia ketinggalan bagi program vaksin HPV sekolah berikutan pandemik COVID-19 yang melanda.

“Kadar liputan vaksin HPV yang menurun disebabkan kekurangan bekalan di peringkat global.

“Kami sudah merancang untuk memastikan kami membuat perolehan vaksin yang mencukupi hujung tahun ini dan tahun depan,” katanya.

Berdasarkan data, Khairy berkata, seramai 209,279 iaitu 98.2 peratus pelajar perempuan Tingkatan 1 menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin HPV dan seramai 206,042 atau 96.7 peratus sudah menerima dua dos vaksinasi pada 2020.

Bagaimanapun, katanya, hanya 34,933 atau 12.7 peratus pelajar perempuam Tingkatan 1 menerima dos pertama dan 31,708 atau 6.4 peratus menerima dos kedua pada 2021.

BACA:

Wanita dakwa rasa biawak macam ayam, kongsi pengalaman buat lauk kari

‘Susu badan saya sampai kering sebab terlalu stress’

Jihan kongsi gambar terkini buat peminat terkejut tengok

CATEGORIES