CEUPACS minta PN laksanakan segera pengumuman dibuat kerajaan lalu

Kerajaan diminta melihat semula perkara diumumkan untuk penjawat awam oleh pentadbiran negara sebelum ini, yang masih tidak dilaksanakan hingga sekarang.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat, berkata perkara berkenaan termasuk kenaikan gaji bersamaan satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) secara khas kepada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai 2018, yang diumumkan kerajaan pada 4 April 2018.

“Kerajaan pada 4 April 2018 turut mengumumkan pemendekan tempoh kenaikan pangkat ‘time-based’ kali kedua daripada 13 kepada 10 tahun, berkuat kuasa 1 Januari 2018 yang juga belum dilaksanakan.

“Selain itu, kerajaan bersetuju bawah pembentangan Belanjawan 2020 bagi penebusan awal Gantian Cuti Rehat (DCR) sebanyak 75 hari membabitkan ganjaran wang tunai untuk penjawat awam sudah berkhidmat lebih 15 tahun.

“Perkara terbabit sudah diumumkan oleh kerajaan (lalu), justeru ia perlu dilaksanakan segera,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Berita penuh:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/705630/kerajaan-diminta-melihat-semula-pengumuman-pentadbiran-lalu