Che Ta luah rasa kecewa tengok ada melayu sambut krismas main dengan anjing. Pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta berasa sedih apabila ada segelintir orang Melayu yang perasan mat salih kerana menyambut Hari Natal atau Krismas.
Pemilik nama lengkap, Rozita Abu Bakar itu turut menegur tindakan sebilangan orang Melayu beragama Islam yang secara terang-terangan menyentuh atau bermain dengan anjing.
“Sedihnya apabila tengok orang Melayu acah-acah nak jadi orang putih sambut Krismas.
“Main-main dengan anjing walaupun beragama Islam. Allahuakbar. Moga ada hidayah untuk mereka,” coret pelakon berusia 51 tahun itu menerusi InstaStory.
Terdahulu, beberapa selebriti tanah air seperti penyanyi Nourul Depp dikecam netizen apabila disalah anggap meraikan sambutan Krismas seperti dikongsikan dalam media sosial.
Bagaimanapun, penyanyi itu menjelaskan bahawa dia dan keluarganya meraikan sambutan Krismas seperti yang dikongsikannya dalam Instagram baru-baru ini untuk meraikan ibu dan bapa mentuanya yang kini berada di Bali.
Nourul, 45, berkata, dia dan keluarga sekadar meraikan kegembiraan dengan memberi hadiah memandangkan kedua mentuanya juga tidak lagi terlalu mengamalkan ajaran Kristian.
Nourul memuat naik video memaparkan suaminya, Eric Daniel Depp membuat persediaan untuk memberi kejutan Krismas kepada anak-anaknya sebelum hantaran tersebut dipadamkan.
Lihat siaran ini di Instagram