Che Ta tunggu masa sesuai jelaskan kenapa dia gagal bayar hutang Mara yang ramai nak tahu

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Rozita Che Wan meminta orang ramai bersabar menunggu kenyataan rasmi berhubung dakwaan dirinya gagal membayar hutang pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Rozita, atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, menyatakan bahawa beliau sedang menunggu masa yang sesuai

untuk menjelaskan situasi dan menasihatkan orang ramai agar mendapatkan maklumat yang sahih.

“Sila betulkan kenyataan anda atau dapatkan berita yang sahih,” katanya menerusi hantaran di Instastory.

Che Ta turut memuat naik petikan berita yang mendakwa beliau tidak pernah membayar pinjaman tersebut sejak tahun 2017.

Che Ta tunggu masa sesuai jelaskan kenapa dia gagal bayar hutang Mara yang ramai nak tahu

Beliau memberikan jaminan untuk membuat penjelasan penuh pada masa akan datang, dengan berkata, “Satu hari nanti saya akan buat kenyataan sebenar-benarnya!”

Pada 10 Disember lalu, kediaman Che Ta di Petaling Jaya, Selangor diserbu oleh pihak Mara. Tindakan itu dipercayai bertujuan menilai barangan dalam rumah untuk penyitaan. Ketika serbuan dilakukan, Che Ta tiada di rumah, hanya ibunya yang berada di situ.

Selepas satu jam, anak lelaki Che Ta, Ammar, dilihat memasuki kediaman tersebut. Sementara itu, acara lelongan melibatkan 34 barangan bernilai kira-kira RM902,012.46,

termasuk sebuah kenderaan jenis Haval, yang dijadualkan berlangsung pada 24 Disember, terpaksa ditunda atas sebab yang tidak dinyatakan.

BACA;Suami terus keluar rumah tak balik-balik lepas aku tanya betul ke gambar lelaki dalam selimut dengan wanita lain tu dia