Seorang guru bahasa Inggeris dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar lelaki.
Menurut laporan NDTV, Jessica Sawicki, yang berusia 37 tahun, didapati bersama seorang pelajar lelaki
Dalam keadaan tidak berpakaian di dalam sebuah kereta pada hari Ahad.
Difahamkan, mereka berdua telah melakukan hubungan seksual di bahagian tempat duduk belakang kereta yang dimiliki oleh pelajar tersebut, yang dikatakan masih di bawah umur.
Menurut keterangan dalam afidavit, Sawicki mengaku telah melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut sebanyak lima kali sejak Disember tahun lalu.
Akibat daripada kejadian tersebut, dia telah didakwa di mahkamah atas lima pertuduhan serangan seksual tahap dua kerana mengancam kebajikan kanak-kanak.
Sawicki telah diberi cuti sementara dan pihak sekolah telah memberikan kerjasama penuh dalam siasatan mengenai perkara ini.