Cikgu ditahan atas tuduhan rogol 9 pelajar dan mengaku biseksual

Oleh GEMILANGDAILY

Guru lelaki berusia 30 tahun dari wilayah tengah Ratchaburi, Thailand ditahan kerana disyaki merogol sembilan orang anak muridnya.

Semua mangsa, ditemani ibu bapa masing-masing hadir ke Balai Polis Suan Phueng pada Isnin untuk memfailkan aduan terhadap guru itu.

Suspek, dikenali sebagai Krittha ditahan pada Isnin sejurus laporan difailkan oleh ibu bapa mangsa.

Menurut pengadu, mereka sudah melaporkan perkara itu kepada pengarah sekolah pada 21 Jun tetapi tiada tindakan diambil.

Suspek didakwa melakukan perbuatan jijik itu di dalam kawasan sekolah, termasuk pejabat guru, bilik air, dan ladang cendawan.

Cikgu ditahan atas tuduhan rogol 9 pelajar dan mengaku biseksual

Kebanyakan mangsa adalah daripada kumpulan etnik minoriti, dengan yang paling muda berusia sembilan tahun.

Ketika sesi soal siasat, Krittha mengaku tertarik secara seksual kepada lelaki dan perempuan.

Krittha berdepan tiga pertuduhan dan berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disahkan bersalah.

BACA: Buka lebih peluang pekerjaan, Hyundai lancar kilang pertama di Kulim