Civic Type R baharu didedahkan, ‘dia punya garang tak boleh bincang’. Selepas berbulan-bulan berteka-teki, akhirnya Honda Civic Type-r FL5 didedahkan kepada khalayak awam. Tidak seperti model-model sebelumnya, kali ini Civic Type R baharu dilancarkan di Amerika dengan pemandu IndyCar, Colton Herta menjadi orang pertama mencubanya. Rekabentuk Civic Type-R ‘dia punya garang tak boleh bincang’.
Seperti sebelum ini, kereta buatan luar yang dapat mengatasi kereta buatan Amerika diharamkan dijual di negara tersebut. Seteleh sekian lama diharamkan, kini Honda memilih Los Angeles sebagai lokasi pelancaran untuk model 2023, walaupun Honda tidak mengumumkan lagi tentang kuasa kuda dan berapa torque yang dihasilkan oleh Honda Civic Type-r FL5 tetapi Honda menjanjikan ianya lebih berkuasa berbanding model sebelum ini.
Honda Civic Type-r FL5 menjanjikan pemanduan yang menarik dan selesa, didatangkan dengan sistem stering dan suspensi yang dipertingkatkan dari model sebelum ini. Pengguna tidak perlu lagi menunggu musim luruh untuk merasai keselesaan memandu Type-R model baharu.
Honda Civic Type-r FL5 juga didatangkan dengan turbo empat silinder 2.0 liter yang biasa akan kembali dan dipadankan dengan transmisi manual. Honda tidak bercadang untuk menawarkan kepada pengguna transmisi auto untuk model ini.
Honda juga memastikan model ini dapat berhenti dengan lancar walaupun selepas dipandu dengan laju. Tayar 19 inci dari jenis Michelin Pilot Sport akan memberikan cengkaman yang lebih tajam ketika di selekoh dan pecutan ganas dan berhenti dipadankan dengan caliper Brembo Merah yang bersaiz besar dibahagian hadapan.
‘Design’ yang lebih matang
Civic generasi ke-11 mendapat penggayaan lebih matang dan Honda Civic Type-r FL5 mempunyai ciri perbezaan untuk memberikan kelainan kepada kereta yang lain. Model baru ini akan lebih menarik mereka yang menganggap reka bentuk sebelum ini keterlaluan. Type R baru lebih panjang, lebih lebar dan lebih rendah daripada model luar dan setiap elemen aerodinamik ada sebabnya tertentu.
Dari depan, kemasan ‘honeycomb’ grill menjadikan Type R kelihatan lebih menarik. Elemen sporty pada fascia lebih menyerlah. Petunjuk dinamik lain termasuklah laluan udara pada hud dan dibelakang roda hadapan. Untuk membezakannya lagi adalah logo Honda merah dan lencana Type R pada grill.
Dari sisi, perincian skirt tepinya membantu pengalihan udara untuk lebih aerodinamik. Tidak seperti Civic lain, separuh pintu belakang mengembang keluar memberikan Type R lebih lebar. Bahagian belakang merupakan sudut terbaik dengan sayap besar yang dan direka bentuk semula untuk menempatkan sistem ekzos tiga pusingan.
Lima pilihan jenis warna
Model Honda Civic Type-r FL5 didatangkan dengan lima pilihan jenis warna iaitu Rally Red, Racing Blue Pearl, Crystal Black Pearl, Sonic Grey Pearl dan Historic Championship White. Putih merupakan warna ekslusif untuk Type R.
Bucket Seat Recaro merah
Tempat duduk berwarna merah dan karpet yang sama warna. Ianya adalah trademark Type-R. Bucket seat recaro dapat memastikan pemandu sentiasa rasa melekat ditempat duduk bila memandu laju. Terdapat no siri Type-R pada pada dashboard bahagian kiri didepan penumpang.
Paparan grafik eksklusif
Lampu penunjuk dan penunjuk kedudukan gear dipaparkan di bahagian atas da mod pemanduan +R yang baru akan menunjukkan paparan grafik eksklusif dengan rpm enjin, manakala paparan bawah akan mempunyai maklumat lain yang boleh diselaras. Jam untuk merakam masa pusingan dan keupayaan berkongsi video pemanduan turut disertakan dalam sistem infotainmen kali ini.
Gaya yang lebih mewah
‘Grill honeycomb’ mengembang merentasi papan pemuka dan menempatkan ruaang pengaliran udara. Kawalan HVAC lampu belakang untuk gaya yang lebih mewah dan instrumen digital yang standard. Seperti Civic Hatchback, Type R datang dengan skrin sentuh 9 inci dengan tetapan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar serta tiga USB port.
Jangkaan harga Honda Civic Type-r FL5
Honda Civic Type-r FL5 akan mula dijual pada musim luruh ini. Walaupun Honda tidak menyebut harga, harganya dijangka bermula daripada RM 174,000.
BACA:
White House sahkan Joe Biden hidap kanser
Rumah penuh sampah ni jadi kritikan penduduk, ‘dekat 2 tan dah kutip ni..’
Ini scam pelaburan emas terbesar di Malaysia, ramai yang tak sedar terkena