Coca-cola sebenarnya ada campuran dadah Kokain? Ini 5 sisi gelap Coke yang korang patut ambil tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Coca-cola sebenarnya ada campuran dadah Kokain? Ini 5 sisi gelap Coke yang korang patut ambil tahu.

Coca-Cola dicipta pada tahun 1886 oleh seorang ahli farmasi bernama Dr. John Stith Pemberton, yang juga seorang doktor haiwan dan penagih morfin.

Coke berdasarkan minuman yang kenali sebagai Vin Marine, yang dihasilkan oleh ahli kimia Paris, Angelo Mariani. Hari ini, Coca-Cola adalah minuman ringan yang paling popular di dunia.

Coca-cola sebenarnya ada campuran dadah Kokain? Ini 5 sisi gelap Coke yang korang patut ambil tahu

Namun, terdapat beberapa rahsia gelap tentang Coca-Cola yang ramai tak tahu, dan iluminasi.com kongsikan 5 daripadanya dengan para pembaca.

5. Berusaha keras untuk memastikan golongan muda memilih Coca-Cola berbanding minuman sihat
rahsia gelap coca cola 3

Pada tahun 1990-an, banyak syarikat minuman ringan cuba menarik pengguna dalam pasaran yang sangat tepu.

Coca-Cola mempunyai rancangan untuk mensasarkan pelajar sekolah menengah dan mengharapkan agar mereka memilih jenama Coca-Cola seumur hidup.

Cara ini adalah sama dengan cara yang digunakan oleh syarikat-syarikat tembakau untuk menarik pelanggan. Pada pertengahan tahun 1990-an, Coca-Cola mula menandatangani banyak kontrak dengan sekolah-sekolah.

Sebagai pertukaran untuk premium yang dibayar kepada sekolah, Coca-Cola mahukan hak eksklusif untuk menjual produk mereka dalam mesin layan diri dan kafeteria.

Dan sekolah-sekolah ini yang mempunyai peruntukan belanjawan yang terhad, biasanya akan bersetuju untuk melakukannya.

Dalam beberapa kes, Coca-Cola memberikan kebanyakan sekolah sekitar RM120,000 sebagai bayaran muka dan kemudian komisen untuk hak eksklusif untuk menjual produk Coke di sekolah mereka selama 10 tahun.

Dalam satu kes, Coca-Cola memberikan RM370,000 kepada sekolah di Syracuse, New York, untuk membina sebuah stadium yang mempunyai tanda Coca-Cola besar di atasnya.

Walaupun ia tidak kelihatan jahat, namun sekolah-sekolah digalakkan untuk menjual Coke dan diberikan bonus jika mereka menjual lebih banyak produk.

Pihak sekolah juga diberitahu bahawa mereka akan menjana pendapatan yang lebih rendah jika mereka menjual pilihan minuman yang lebih sihat, seperti susu atau jus buah, bukannya minuman ringan.

Dalam beberapa kes, pilihan yang lebih sihat tidak boleh didapati kerana Coca-Cola tidak meluluskannya untuk dijual di sekolah.

Kini, 20 tahun kemudian, wabak obesiti di Amerika Syarikat sangat berleluasa. Sudah tentu, Coca-Cola telah menyumbang kepada masalah ini dan mereka juga mengakui ini dalam laporan mereka sendiri.

Selama 10 tahun yang lalu, ancaman terbesar terhadap keuntungan Coca’s Cola adalah obesiti. (Sumber)

4. Masalah air Coca-Cola
masalah air coca cola di india

Walaupun resipi Coca-Cola adalah satu rahsia yang dijaga dengan ketat, namun satu ramuan utama yang mereka perlukan untuk menghasilkan minuman manis ini sudah tentunya air.

Sebanyak 2.68 liter air diperlukan untuk menghasilkan 0.98 liter Coca-Cola. Ini menjadi satu masalah besar apabila Coca-Cola memutuskan untuk mendirikan kilang pembotolan di tempat-tempat yang tidak mempunyai banyak sumber air.

Antara contoh situasi ini berlaku di beberapa negeri di India dan beberapa tempat di Amerika Latin.

Apa yang berlaku adalah bahawa Coca-Cola membina sebuah kilang pembotolan, mereka menggunakan terlalu banyak air bawah tanah.

Ini menyebabkan kekurangan air di kawasan itu, yang bermaksud tidak ada air yang cukup untuk diminum atau untuk mengairi tanaman, yang kemudiannya membawa kepada kekurangan makanan kepada penduduk tempatan.

Selepas sedekad demonstrasi dan protes, sebuah kilang di India ditutup pada tahun 2015, tetapi kilang-kilang Coca-Cola menggunakan terlalu banyak air tempatan masih menjadi masalah di India, Amerika Latin, dan di negara-negara membangun di seluruh dunia. (Sumber)

3. Kokain dalam Coca-Cola dibuang atas sebab perkauman
resepi coca cola

Salah satu khabar angin paling terkenal mengenai Coca-Cola adalah resipi asalnya mengandungi kokain, dan ia bukan sekadar khabar angin tetapi benar.

Mereka menggunakan daun koka yang mengandungi koko alkaloid, yang digunakan untuk membuat serbuk kokain.

Agak sukar untuk mengatakan berapa banyak kokain yang terkandung dalam minuman asa, tetapi yang pasti ia terkandung di dalamnya.

Juga, Coca-Cola asal juga beralkohol. Walau bagaimanapun, pada tahun 1886, negeri Atlanta, di mana Coke dibotolkan, mengeluarkan larangan ke atasnya.

Oleh itu, alkohol tidak lagi digunakan dan lebih banyak gula ditambah, tetapi kokain kekal sebagai bahan dalam minuman untuk sedekad yang akan datang.

Pada tahun 1899, Coca-Cola mula menjual minuman mereka dalam botol. Botolnya terkenal di kalangan orang Afrika-Amerika kerana mereka tidak mempunyai akses kepada dispenser minuman disebabkan oleh kerana undang-undang pengasingan.

Walau bagaimanapun, perkara ini memulakan panik di kalangan orang putih kelas tengah dan atasan.

Sesetengah daripada mereka yang sangat lantang bersuara bimbang bahawa orang kulit hitam yang meminum minuman mengandungi kokain ini akan mula menyerang mereka dan mereka mungkin tak dapat menghentikan masalah ini.

Sebagai tindak balas kepada ketakutan ini, Coca-Cola mula mengharamkan kokain dari resipinya pada tahun 1903, dan menggantikannya dengan kafein dan lebih banyak gula. (Sumber)

2. Coca-Cola dan Kesatuan Colombia
coca cola vs kesatuan colombia

Pada 5 Disember 1986, sebuah unit paramilitan sayap kanan muncul di sebuah kilang pembotolan Coca-Cola di Carepa, Colombia.

Salah seorang eksekutif kesatuan loji ini, Isidro Segundo Gil, pergi bertanya apa yang skuad tersebut mahukan. Namun, dia telah ditembak sehingga mati.

Pada malam hari yang sama, kumpulan paramilitan pergi ke ibu pejabat kesatuan, di mana peralatan dimusnahkan dan kemudian membakar tempat itu untuk memusnahkan semua rekod di dalamnya.

Keesokan harinya, anggota paramilitan pergi ke loji pembotolan dan memberi para pekerja kesatuan satu pilihan: berhenti, atau mati seperti Gil.

Jelas sekali, ramai pekerja, yang memperoleh RM1,500 hingga RM1,650 sebulan, memilih untuk berhenti kerja.

Selepas mereka berhenti, pihak paramilitan tinggal di dalam kilang pembotolan selama 2 bulan. Apabila kilang dibuka semula, pekerja kesatuan digantikan dengan pekerja yang dibayar RM530 sebulan.

Walaupun tidak ada bukti konklusif bahawa arahan pembunuhan tersebut dikeluarkan dari pejabat utama Coca-Cola, namun para pengkritik menyatakan bahawa Coca-Cola tidak begitu menyiasat pembunuhan tersebut.

Malah, mereka tidak mengadu kepada pemerintah Colombia bahawa anggota paramilitan membunuh pekerja mereka atau skuad itu tinggal di dalam kilang mereka selama 2 bulan.

Selain itu, ketika pembunuhan berlaku, pekerja kesatuan sedang berusaha untuk merundingkan tentang keadaan kerja yang lebih baik dengan syarikat pembotolan, Bebidas y Alimentos, yang mendapat kontrak daripada Coca-Cola untuk membotolkan produk mereka di Amerika Selatan.

Dalam beberapa tahun selepas pembunuhan tersebut, Bebidas enggan berunding mengenai apa pun dengan pekerja mereka.

Akhirnya, ini bukan satu-satunya kesatuan Coca-Cola yang disasarkan. Sekurang-kurangnya lima anggota lain kesatuan ini yang bekerja dengan Coca-Cola telah terbunuh di Colombia dan ahli-ahli kesatuan diberitahu untuk berhenti atau mati.

Pada tahun 2001, kesatuan Sinaltrainal membuat tuntutan mahkamah terhadap Bebidas dan Coca-Cola, tetapi tuntutan terhadap Coca-Cola telah ditolak pada tahun 2003. (Sumber)

1. Coca-Cola dan petani Peru
petani peru

Seperti yang telah disebutkan, formula Coca-Cola asal mengandungi sejumlah kokain.

Ketika mereka mengubah formula ini, mereka mempunyai sebuah syarikat bernama Maywood Chemical Works, yang kini merupakan Syarikat Stepan, pengimport daun coca ke Amerika Syarikat dari Peru.

Sebaik sahaja di Amerika Syarikat, Stepan, yang masih mengimport coca daun untuk Coca-Cola, mengeluarkan alkaloid yang merupakan komponen utama dalam serbuk kokain dan kemudian menghantar daun koka yang tidak mengandungi kokain ini kepada Coca-Col.

Apa yang dilakukan oleh Stepan dengan alkaloid kokain? Mereka menjualnya di bawah pengawasan kerajaan untuk kegunaan perubatan.

Selama lebih dari seabad, apabila undang-undang dadah digubal seperti Akta Narkotik Harrison 1914 dan Akta Jones-Miller 1922, mereka membuat pengecualian khas untuk membolehkan Coca-Cola terus mengimport tanaman koka.

Ini menjadikan mereka salah satu daripada beberapa syarikat Amerika yang dibenarkan untuk mengimport tumbuhan koka.

Kemudian, populariti Coca-Cola meningkat dan Stepan tidak dapat menjual semua alkaloid kokain yang diekstrak.

Ini membawa kepada undang-undang khas yang diluluskan supaya Stepan dapat memusnahkan alkaloid kokain yang berlebihan di bawah penyeliaan kerajaan.

Masalahnya adalah daun koka sebenarnya boleh digunakan untuk membuat banyak produk lain selain Coca-Cola dan kokain seperti teh, gula-gula dan tepung

Akan tetapi, petani koka di Peru, yang dikenali sebagai cocaleros, hanya dapat mengakses pasaran Amerika melalui Coca-Cola sahaja kerana undang-undang dadah yang digubal untuk menghentikan kokain dari masuk ke Amerika.

Dengan hanya satu pembeli produk mereka, iaitu Stepan, cocaleros terpaksa menerima terma Coca-Cola. Akibatnya, petani kekal miskin, manakala Coca-Cola menghasilkan RM169 bilion pada 2016.

BACA: 

Caprice fitnah Dr Mujahid ada kaitan dengan LGBT, sekali jawapan bekas Menteri Agama buat Caprice ‘terciduk’

“Laki aku nampak alim, nampak normal bersih je, lepas aku cek telefon dia aku terkejut, diam-diam rupanya dia buat hal”