Confirm jadi! Ini cara cari mesej Whatsapp guna tarikh di iPhone yang ramai tak tahu. Majoriti kita berkomunikasi menerusi aplikasi WhatsApp dengan menghantar sejumlah mesej kepada seseorang. Kadang-kala anda pasti mahu melihat semula mesej-mesej lama mungkin untuk tujuan tugasan dan seumpamanya.
]
Salah satu cara yang anda boleh lakukan adalah dengan menapis mesej berdasarkan tarikh pada sesuatu mesej.
Setakat ini, ciri ini hanya boleh dilakukan menerusi mesej individu atau pun kumpulan sahaja. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk ketahui dengan lebih terperinci.
Cara cari mesej di WhatsApp berdasarkan tarikh di iPhone
1. Menerusi WhatsApp, buka mesej individu atau kumpulan tersebut.
2. Buka profil mereka dengan klik pada nama atau gambarnya.
3. Tekan butang ‘Search’ atau Cari.
4. Kemudian, tekan ikon kalendar yang terletak pada bahagian atas papan kekunci.
5. Tetapkan tarikh mesej yang anda mahu cari dan tekan ‘Jump to date’.
6. Akhir sekali, mesej yang cari bakal dipaparkan pada skrin peranti.
Jika masukkan perkataan dalam kotak carian, anda tidak dapat tapis berdasarkan hari.
Oleh itu, anda perlu terus tekan ikon kalendar selepas butang carian. Setakat ini, ciri ini hanya tersedia buat pengguna iOS terlebih dahulu dan difahamkan bakal ditawarkan kepada platform Android pada masa kelak.
Dengan ini, anda sudah boleh mencari mesej penting dengan mudah berdasarkan tarikh tertentu. Ciri ini sedia ditambah oleh pihak Meta kerana mahu menambah pengalaman penggunaan yang baik menerusinya.
BACA:
Ini tarikh puasa sunat hari arafah 2023 di Malaysia
Boleh jatuh miskin kalau tak cuci pinggan sebelum tidur? ini ceritanya..