Contohi DAP dan MCA, kata PPIM kepada parti politik melayu

Contohi DAP dan MCA, kata PPIM kepada parti politik melayu

Ahli politik Melayu perlu mencontohi parti DAP dan MCA yang tidak memecah belahkan kaum Cina negara ini walaupun mereka tidak sependapat dalam arena politik, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Beliau berkata, apa yang berlaku khususnya dalam arena politik negara kini amat mengecewakan dan memalukan kerana yang mahu memecah belahkan kaum Melayu adalah orang Melayu itu sendiri.

“Adakah orang Melayu sudah hilang rasa malu dan selesa bergaduh secara terbuka di hadapan orang lain?

“Kita pilih nak lemah atau nak kuat dan dihormati. Jika kita bersatu, kita dihormati dan jika kita berpecah kita akan lemah dan akan dihina.

“Buatlah pilihan bijak dan perlu buang kesombongan dan sanggup berkorban seperti bangsa-bangsa yang berjaya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Nadzim turut menyifatkan masyarakat Melayu di negara ini amat mementingkan diri tanpa memikirkan kesan jangka panjang daripada perbuatan mereka sendiri.

“Adakah kita mahu orang Melayu di sini menerima nasib yang sama seperti kaum Melayu Champa atau kaum Rohingya yang kini mengemis di negara sendiri?” soalnya.

Justeru, ujar beliau berkata, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu di negara ini perlu bertindak dan menguatkan perpaduan dalam kalangan kaum Melayu dan mengabaikan pihak yang cuba memecah-belahkan orang Melayu.

“Kesan perpecahan kaum ini amat bahaya, jika bukan sekarang, saya khuatir kita akan kehilangan ketuanan Melayu dan nasib kita semua akan berakhir dengan tragedi,” katanya.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/124199/BERITA/Politik/Parti-politik-Melayu-perlu-contohi-DAP-MCA-PPIM