Corak baharu jersi Chelsea buat peminat hilang sabar bila kena bahan

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Pelancaran jersi utama baharu Chelsea untuk musim depan mencetuskan pelbagai reaksi daripada para peminat pasukan itu.

Musim depan akan menyaksikan Chelsea menggunakan khidmat pengendali baharu untuk kedua-dua pasukan lelaki dan wanita mereka,

Dengan Enzo Maresca menguruskan skuad lelaki, manakala Sonia Bompastor mengemudi pasukan wanita.

Sebagai persiapan untuk musim baharu, Chelsea telah meluncurkan jersi baharu tajaan Nike dengan corak yang dianggap berbeza daripada kebiasaan,

Menarik perhatian para peminat. Jersi tersebut mengekalkan warna biru yang menjadi tema kelab, namun turut mengenakan corak ‘api’

Corak baharu jersi Chelsea buat peminat hilang sabar

sebagai simbol keinginan menyatukan seluruh kelab dalam mengejar kejayaan di dalam dan luar padang.

Bagaimanapun, tidak semua peminat memahami perubahan yang cuba dilakukan oleh pihak pengurusan kelab itu. Sebahagian daripada mereka seakan-akan tidak bersetuju dan mengecam pemilihan corak tersebut sebagai jersi utama untuk musim depan.

“Ini adalah jersi paling buruk yang pernah kami ada. Saya tak mampu mengatakan apa-apa, sangat buruk dan saya tak mampu untuk melihatnya,” kata seorang peminat Chelsea.

Namun, jersi terbaharu itu turut menerima pujian daripada peminat yang lebih terbuka dan positif, yang menganggap ia lebih sesuai apabila dikenakan oleh pemain.

“Ia lebih baik apabila disarung oleh pemain. Saya tidak menghiraukan pendapat orang, bagi saya ia cantik. Saya pasti akan membelinya,” jelas seorang peminat.

BACA: lelaki datang balai buat aduan isu judi sekali ditahan nama sangkut dalam kes ‘scam’ pula