Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pengarah syarikat warga Bangladesh
kerana disyaki terlibat dalam sindiket membawa masuk warga asing ke negara ini
melalui pintu masuk dengan menggunakan modus operandi ‘counter setting.’
Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu ditangkap dalam satu operasi yang dijalankan
SPRM di sekitar Lembah Klang pada jam 8 malam kelmarin.
Sumber tersebut menyatakan bahawa suspek dipercayai bertindak sebagai ejen sindiket dengan memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa untuk membawa masuk warga asing melalui pintu masuk udara negara menggunakan modus operandi ‘counter setting.’
“Lelaki itu dipercayai memberikan rasuah antara RM200 hingga RM25,000 kepada pegawai penguat kuasa sebagai balasan untuk melindungi,
memudahkan urusan, dan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing yang tidak memenuhi syarat serta tidak mengikut prosedur yang sah,” katanya.
Selain sebagai ejen, sumber juga menyebut bahawa lelaki berkenaan dipercayai telah bertindak sebagai orang tengah sejak tahun 2022.
BACA: Jangan simpan duit dalam bank kalau nak cepat kaya, Doktor ini dedah caranya