Covid-19: AMANAH Johor rakam takziah kepada keluarga pesakit 1649

Covid-19: AMANAH Johor rakam takziah kepada keluarga pesakit 1649

AMANAH JOHOR RAKAM TAKZIAH KEPADA MANGSA COVID-19 14 APRIL 2020

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa pesakit 1649 Covid-19 yang membawa kematian ke 82 seluruh negara hari ini.

Maklumat yang diterima pihak AMANAH, Allahyarham adalah yang berumur 81 tahun tersebut adalah dari kluster Seri Petaling dan perkhabaran ini amat menduka citakan pihak kami apabila sekitar jam 11:50 pagi tadi, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.

AMANAH mengambil maklum perkara ini serta berharap agar keluarga mangsa dapat menerima perkara ini dengan bersabar serta berserah kepada Allah.

YB HAJI AMINOLHUDA HAJI HASSAN
PENGERUSI PARTI AMANAH NEGARA (AMANAH)
NEGERI JOHOR
ADUN PARIT YAANI