Covid-19 jenis baru dikesan KKM, berpunca dari UAE

Covid-19 jenis baru dikesan KKM, berpunca dari UAE

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan satu varian baharu Covid-19 telah dikesan di negara ini.

Ketua Unit Virologi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Dr Ravindran Thayan berkata, varian yang dinamakan B117 itu dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“KKM kesan kes baharu iaitu B117, yang mana seorang pesakit yang baru pulang dari UAE.

“Varian ini dikesan selepas pesakit positif COvid-19 menjalani ujian saringan. Individu tersebut dikesan selepas selesai menjalani latihan di negara itu,” katanya dalam sesi libat urus media darurat Covid-19 siri 2 2021: Ujian pengesanan Covid-19 dan kesiapsiagaan maklam KKM secara maya sebentar tadi.

Sidang media itu turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Ravindran berkata, sampel-sampel yang diambil itu adalah dari pintu masuk negara.

Katanya, KKM telah bekerjsama dengan makmal swasta untuk mengetahui mutasi varian berkenaan.

Kali terakhir varian baharu Covid-19 dikesan di negara ini adalah pada Januari lalu dan ia varian dari United Kingdon (UK) B117 atau 20202/01 mutasi spike protein.

Kes tersebut telah dilaporkan dari seorang pengembara warganegara yang mempunyai sejarah perjalanan ke UK Disember lalu.

Pengembara tersebut didapati positif pada 28 Disember lalu dan telah diasingkan untuk rawatan lanjut. – MalaysiaGazette