Covid-19 : Kuala Lumpur catat kes harian tertinggi

Covid-19 : Kuala Lumpur catat kes harian tertinggi

Sejumlah 1,208 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, dengan Kuala Lumpur mengatasi Sabah sebagai kawasan dengan jangkitan tertinggi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Kuala Lumpur mencatatkan 475 kes baru manakala Sabah dengan 381 kes baru.

Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 47,417 kes.

Noor Hisham berkata, kebanyakan kes baru di Kuala Lumpur adalah dalam kluster Tapak Bina Damanlela, dengan 460 kes.

Untuk hari ketujuh berturut-turut, jumlah kes baru Covid-19 di semenanjung mengatasi Sabah.

Hanya enam daripada 1,208 kes baru hari ini merupakan kes import.

Sementara itu, seramai 1,013 lagi pesakit sembuh, menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 34,785 kes, iaitu 73.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kes aktif pula setakat tengah hari ini adalah 12,323 kes, meningkat sebanyak 192 kes berbanding semalam.

Daripada jumlah itu, terdapat 104 kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 42 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat tiga pesakit Covid-19, termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, meninggal dunia hari ini, menjadikan angka korban setakat ini kepada 309 orang.

Berikut adalah perincian kes kematian yang dilaporkan hari ini:

Kes 45,459 – Kanak-kanak berusia lapan tahun yang dirawat di Hospital Tawau.

Kes 32,143 – Lelaki berusia 77 tahun yang dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Memiliki penyakit darah tinggi, jantung dan buah pinggang.

Kes 45,486 – Wanita berusia 63 tahun, juga dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Memiliki penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Berikut adalah pecahan kes baru mengikut negeri:

Sabah: 381 kes

67 kes daripada kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baru – kluster Plaza dan kluster Jalan Kalabakan
191 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
123 kes daripada lain-lain saringan
Kuala Lumpur: 469 kes

462 kes daripada kluster sedia ada
2 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
5 kes daripada lain-lain saringan
Selangor: 185 kes

132 kes daripada kluster sedia ada
24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
29 kes daripada lain-lain saringan
Negeri Sembilan: 48 kes

39 kes daripada kluster sedia ada
7 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
1 kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI)
1 kes daripada lain-lain saringan
Perak: 21 kes

8 kes daripada kluster sedia ada;
6 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
7 kes daripada lain-lain saringan
Pulau Pinang: 42 kes

37 kes daripada kluster sedia ada
3 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
1 kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI);
1 kes daripada lain-lain saringan
Labuan: 30 kes

19 kes daripada kluster sedia ada
9 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
1 kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI)
1 kes daripada lain-lain saringan
Johor: 9 kes

3 kes daripada kluster baru iaitu luster Jeri
1 kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI)
5 kes daripada lain-lain saringan
Kedah: 8 kes daripada kluster sedia ada

Sarawak: 4 kes

3 kes daripada kluster sedia ada
1 kes daripada lain-lain saringan
Melaka: 2 kes

1 kes daripada kluster sedia ada
1 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
Kelantan: 1 kes daripada saringan kontak rapat kes positif

Putrajaya: 1 kes daripada lain-lain saringan

Perlis: 1 kes daripada kluster sedia ada

Tiada kes baru dilaporkan di Pahang dan Terengganu hari ini.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/551032