Tiada bukti ‘Disinfectant Box’ cegah Covid-19

Tiada bukti ‘Disinfectant Box’ cegah Covid-19

Penggunaan Disinfectant Box/Chamber/Tunnel/Booth/Partition/Gate untuk mengurangkan jangkitan COVID19.

Hasil penilaian Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM mendapati:

Tiada bukti menunjukkan peralatan tersebut berkesan dalam mengurangkan jangkitan COVID19.

Jangka masa 20-30 saat tidak memadai untuk proses nyahkuman yang berkesan.

Prosesnya juga tidak boleh membunuh kuman dalam badan manusia.

Tambahan pula bahan kimia yang digunakan boleh membawa kemudaratan kepada selaput badan (membrane mucosa) seperti bahagian mata dan mulut.

Berdasarkan penilaian tersebut, KKM tidak menyarankan penggunaan peralatan yang telah dinyatakan itu untuk mengurangkan jangkitan COVID19 terhadap manusia.

Ketua Pengarah Kesihatan
Noor Hisham Abdullah

Sumber :