Penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo, menjelaskan tumpuannya kini bukan lagi untuk memecahkan rekod individu memandangkan
Dia sudah biasa melakukan perkara itu malah menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai banyak masa lagi untuk beraksi di atas padang sebagi pemain bola sepak.
Pemain berusia 39 tahun itu menjaringkan gol kemenangan buat Al-Nassr menewaskan kelab dari Qatar, Al-Rayyan,
Dalam perlawanan Kumpulan B saingan Liga Juara-Juara (ACLE), Isnin lalu.
Jaringan kemenangan itu merupakan gol ke-904 dalam kariernya selepas meraih gol ke-900
Dalam saingan pembukaan Liga Negara-Negara membantu Portugal menewaskan Croatia.
“Ia adalah perlawanan yang sukar seperti semua perlawanan dalam saingan ACLE, tetapi perkara paling penting ialah kami mencipta lebih banyak peluang dan bertahan dengan baik untuk menghalang pasukan lawan untuk mencipta peluang, ” katanya dalam sidang media usai perlawanan.
“Saya seronok bermain bola sepak ketika ini, kerana saya tahu saya sudah tidak mempunyai banyak masa lagi di atas padang.
“Ia tidak penting sama ada saya yang terbaik mahupun tidak, saya tidak mengambil berat tentang itu lagi. Memang bagus sekiranya pemain menjaringkan gol tetapi lebih baik sekiranya pasukan melakar kemenangan.
“Saya sudah biasa memecahkan rekod. Perkara paling penting sekarang adalah menikmati dan membantu Al-Nassr dan rakan sepasukan melakar kemenangan.” katanya
BACA: 5 rahsia kerja kerajaan yang ramai penjawat awam senyapkan dari pengetahuan umum