Cubaan juarai masalah rakyat tak menjadi Pemuda Pas disindir netizen

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Pemuda Pas Malaysia menerima kecaman ramai selepas memuat naik satu hantaran di Facebook

Berkaitan kenaikan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700.

Hantaran ringkas tersebut tertulis, “RM1,700 beban kepada majikan?

Cuba komen,” tanpa jelas menyatakan sama ada mereka menyokong atau menolak kenaikan gaji minimum ini.

Walau bagaimanapun, pengguna media sosial mentafsirkan hantaran itu sebagai cubaan

Cubaan juarai masalah rakyat tak menjadi Pemuda Pas disindir netizen

untuk berpihak kepada majikan berbanding pekerja, yang menimbulkan rasa tidak puas hati ramai.

Ini kerana sebelum ini, Pas pernah membangkitkan isu gaji minimum yang dianggap tidak mencukupi, walaupun kerajaan telah menaikkannya kepada RM1,500.

‘Posting’ lama bertarikh 30 November 2023 turut kembali tular. Dalam hantaran tersebut, Pemuda Pas mempersoalkan sama ada gaji RM1,500 mencukupi untuk menampung kos sara hidup semasa, dengan menyebut, “dalam pandangan Islam, kadar gaji minimum adalah apabila dapat memenuhi keperluan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan pendidikan.”

Pengguna media sosial juga mempertikaikan pendirian Pas, terutama berkaitan isu gaji guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), yang dilaporkan dibayar jauh di bawah kadar gaji minimum.

“Kalau gaji minimum RM2,000 pun, guru Pasti tetap dapat elaun RM600. Tak payah nak bising-bising,” kata seorang pengguna Facebook.

“Harap kawan-kawan saya yang bekerja di Pasti turut merasai kenaikan. Bukan sekadar kerja amal,” ujar pengguna lain.

Isu gaji guru-guru Pasti yang dibayar secara tidak berpatutan telah lama menjadi perbincangan hangat, termasuk di kalangan Ahli Parlimen kerajaan dan pengguna media sosial.

Menteri juga sedang mencari jalan untuk memastikan Pas mematuhi peraturan gaji minimum, dengan mencadangkan penggunaan Akta Kerja 1955 (Akta 265) sebagai mekanisme penyelesaian.

Ramai beranggapan bahawa isu gaji guru Pasti ini menjadikan Pas sebagai pihak yang paling tidak layak untuk bercakap mengenai soal gaji minimum.

Hantaran terbaru ini hanya menambah kemarahan ramai, sekaligus menjadikan Pas sukar untuk terus berbicara mengenai kos sara hidup rakyat.

BACA: Bukan Myvi tapi Myev, kereta elektrik pertama Perodua tarik perhatian pengguna