Cubaan wanita nak bunuh diri temui jalan buntu, terapung 10 jam dalam sungai

Cubaan wanita nak bunuh diri temui jalan buntu terapung 10 jam dalam sungai

Cubaan wanita nak bunuh diri temui jalan buntu, terapung 10 jam dalam sungai. Seorang wanita di Thailand cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam Sungai Mae Klong di wilayah Samut Songkram, lapor laman berita Thaiger semalam.

Wanita itu cuba melemaskan dirinya, tetapi terapung selama 10 jam sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Pemilik Restoran Baan Koh, Wichai Tiamcharoen, 45, menghubungi pasukan penyelamat selepas melihat ‘mayat’ seorang wanita terapung di jeti berhampiran kedai makannya.

Wanita yang kemudiannya dikenali sebagai Pinthong, 45, itu memakai baju berwarna merah manggis dan seluar hitam.

Pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian dan terjun ke dalam sungai untuk menariknya ke tebing. Selepas menganggap dia sudah mati, pasukan itu terkejut apabila Pinthong tiba-tiba membuka matanya.

Cubaan wanita nak bunuh diri temui jalan buntu, terapung 10 jam dalam sungai

Anggota penyelamat, Samrit Karndee memberitahu bahawa selama satu dekad menyertai pasukan perkhidmatan kecemasan, dia tidak pernah melihat perkara seperti itu terjadi.

Samrit berkata, dia terkejut melihat wanita itu membuka matanya tetapi segera fokus untuk membantu mangsa. Pasukan penyelamat kemudian membawa Pinthong ke hospital kerana dia keletihan.

Selepas pulih, Pinthong memberitahu, dia tertekan dan keluar dari rumah pada malam sebelumnya untuk membunuh diri di jeti berhampiran Wat Chong Lom. Lokasi itu terletak kira-kira 2 kilometer dari tempat dia ditemui.

Media Thailand melaporkan bahawa dia menghabiskan masa lebih 10 jam terapung di sungai sebelum dibantu penyelamat.

BACA: 

Azam Baki kata sedekah atau sumbangan, rasuah tetap rasuah! – Hadi bakal dikenakan tindakan?

Cikgu Fadli Salleh geram tengok murid sekolah rendah minta sedekah jual tisu depan KFC

CATEGORIES