Cukai arak ni tinggi, kabinet PN bersaiz besar maka kosnya pun tinggi

Cukai arak ni tinggi, kabinet PN bersaiz besar maka kosnya pun tinggi

Warna bir Heineken keluaran Heineken Malaysia Berhad dekat nak sama dengan warna PAS.

Bir bukan barang larangan di Malaysia cuma penjualan dan mengambilannya dikawal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi, dan Pengerusi Heineken, Idris Jala, adalah sama-sama orang Sarawak. Idris Jala bukan Islam. Dia Kristian.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diuar-uarkan sebagai kerajaan Melayu-Islam. Tapi adalah dasar dan amalannya Islamik?

Yang pasti tentang kerajaan PN ini adalah ia “bukanlah yang dipilih oleh rakyat” seperti yang diakui sendiri oleh ketuanya, Muhyiddin Mohd Yassin, pada 27 Mac lalu.

Kata Duta Khas bertaraf Menteri, Abdul Hadi Awang, ini adalah kerajaan ikut celah atap atau korek bumbung.

Jadi keputusan membenarkan kilang arak beroperasi ketika pandemik Covid-19 ini bukan isu besar bagi kerajaan yang tidak dipilih ini.

*Satu perkara lagi. Cukai arak ni tinggi. Dengan bilangan Menteri, Timbalan Menteri dan Duta Khas taraf Menteri yang ramai, kerajaan PN tentulah perlukan hasil cukai yang banyak. *

Lagi pun sekarang harga petroleum jatuh kerudum. Petroleum adalah sumber utama hasil kerajaan. Jadi kenalah cari sumbar hasil lain sebagai ganti. Arak pun araklah.

Wallahuaklam.Terima kasih.

Sumber :