“Cukup sehari rakaman suara aku letak disitu, tak sanggup rasanya bila nenek cakap pasal ibu, aku takkan lupa sampai bila-bila kata-kata nenek”

Oleh ISMAIL YAHYA

Nama aku Intan. Merupakan anak sulung dari 4 adik beradik.Aku mempunyai seorang ibu dan seorang ayah (ofcos la kan hihi) masing masing berusia lewat 40an..

Alhamdulillah baru baru ini ibu dan ayahku dah dinaikkan pangkat. Tapi tak naik gaji ye..

Yang sebenar ibu dan ayah dah dinaikkan pangkat bergelar nenek dan atuk kepada cucu sulung mereka iaitu anakku yang baru dilahirkan beberapa bulan sahaja..

"Cukup sehari rakaman suara aku letak disitu, tak sanggup rasanya bila nenek cakap pasal ibu, aku takkan lupa sampai bila-bila kata-kata nenek"

Rumah tangga aku alhamdulillah cukup untuk aku bersyukur, mempunyai keluarga mentua dan suami yang baik.

Baiklah itu la serba ringkas pengenalan aku.. Aku tak punya masa yang lama untuk menaip, jadi biarlah aku terus kepada cerita sebenar.

Kisah bermula 6 tahun lepas apabila hadirnya nenek dalam hidup kami. Selepas Wan (panggilan kepada suami nenek) meninggal dunia.

Nenek berpindah tinggal dengan anak bongsunya iaitu ayah kami.

Bukan tidak ada anak lain lagi untuk menemani nenek, tapi kesemua kakak dan kakak kakak ipar ayah berkerja. Kecuali maklong.

Tapi nenek memilih untuk tinggal dengan kami memandangkan rumah nenek dengan rumah kami lebih dekat, dan ibu pula tidak bekerja.

Sudah takdir, Allah menduga ibu di saat dia ingin merasa nikmat hilang penat menjaga anak kecil, adik bongsu baru saja melepasi 4 tahun ketika itu, kata ibu dapatlah tidur lena sikit tapi hadirnya nenek ibu berganda penat.

Nenek bukan ibu mentua yang tidak disayangi ibu dari awal. Ibu sangat sayangkan dan hormatkan nenek seperti ibunya, tapi kerana sikap nenek yang terlalu melampau ibu tawar hati.

Nenek, usianya lewat 70an.. tidak nyanyuk, tidak pula sakit terlantar. Hanya mempunyai penyakit tua seperti warga emas yang lain.

Rutinnya bangun subuh. Tidur balik. Bangun semula jam 9 pagi ketika makanan pagi sudah siap terhidang. Menu wajib nasi lemak lauk tak boleh pedas.

Selama 6 tahun ya menu sarapan tidak boleh berubah. Selepas itu ibu akan mengutip semula pingan nenek dan membasuh. Sambil bertanya apa menu nenek nak makan untuk tengahari. Nenek hanya order saja.

Ibu ikhlas walaupun penat diperlakukan seperti bibik sehingga lah suatu hari tanpa sengaja ibu terdengar nenek bercakap dengan salah seorang anaknya.

Jelas pada masa itu nenek cakap, perutnya masuk angin. Kerana ibu lewat menyediakan sarapan pagi. Jam waktu itu menunjukkan 10 pagi.

Ibu terkilan. Sedangkan nenek tahu ibu demam. Ibu tunggu intan yang pergi beli makanan dan nenek sedia maklum. Kenapa nenek buat semua ini. Dan itu la permulaan segala fitnah nenek pada ibu.

Sehingga ketika intan sudah memasuki alam perkerjaan. Intan dengan sengaja meletakkan perakam suara dalam bilik nenek.

Alangkah terkejutnya Intan. Seawal pagi nenek sudahpun mengadu pada anak anaknya yang lain perihal ibu. Ibu masak pedas. Ibu tak respon dia sakit. Kami cucu cucu tidak masuk biliknya untuk mengurutnya.

Nenek fitnah ayah ambil duitnya untuk beli ikan pada nenek sedangkan ayah terpaksa ambil sebab nenek yang beri memandangkan gaji ayah dah habis dan nenek pula minta nak makan ikan siakap dan sup tulang!

Paling kelakar hari tu katanya dia lansung tak boleh bangun kerana demam tak makan apa dan ketika itu sebenarnya dia baru masuk bilik selepas menonton drama tv3 jam 7 sambil menghabiskan sepinggan bihun goreng kegemaran nenek yang ibu masakkan.

Sungguh drama nenek ya nenek! Itu lah kemuncak rasa hormat pada nenek sendiri dah hilang.

Nenek fitnah ibu dan kami semua. Cukuplah.

Cukup sehari rakaman suara itu aku letakkan disitu. Tidak sangup rasanya lagi.

Aku tak kan lupa. Satu peristiwa dimana nenek teringin nak makan pulut kuning dengan rendang daging.

Bersusah payah ibuku seawal pagi menyiapkan juadah permintaan ibuku.

Nenek makan bertambah tambah. Akhir apa yang ibu ku dapat?

Nenek ku mencanangkan kepada anak anaknya yang lain rendang daging ibu ku pedas. Nenek tak dapat makan. Hanya rasa pulut.

Esoknya nenek mengadu lagi pada anak anaknya. Yang dia sakit badan disebabkan pulut ibuku.

Yela mana tidak sakit kalau 2 pingan nenek hentam!

Aku tahu sebab aku terdengar dengan tak sengaja perbualan nenekku dengan anaknya yang lain.

Pedihnya memiliki nenek yang sebegini, jangan kata aku dan ibu tidak paham orang tua.

Kami bukan tidak paham orang tua. Tapi kami tidak paham kenapa ada orang tua yang suka fitnah anak menantu dia sendiri.

Sedangkan anak anaknya sendiri pun tak sanggup menjaganya tempoh yang lama, aku tak nafikan ibu ibu saudaraku baik baik.

Semuanya bila dengar nenek bercerita tentang ibu akan sebelahkan ibu. Sehingga la nenek pernah merajuk juga.

Ibu ibu suadara ku juga pemurah selalu menghulurkn bantuan tika kami memerlukan tapi itulah..bab menjaga nenek semuanya lari. Akhirnya ibu juga menjadi mangsa kerana tidak bekerja.

Perihal maklong pula walaupun dia tak bekerja tapi nenek tak berkenan dengan paklong sebab paklong jenis peramah.

Biasala paklong orang kampung, kadang nenek ke klinik ditanyanya nenek tadi doktor cakap, diguraunya itu ini.

Tapi nenek aku ni pelik. Dia tak suka. Dia nak yang diam diam ja. Lepas tu senang dia nk fitnah anak menantu cucu dia tak layan dia.

Nenek aku ni dulu pun cuma tau beranak Ja. Jangan cakap aku kata sakit beranak tu biasa sebab aku sendiri tahu bagaimana sakit tu. Tapi Ini yang anak anak dia sendiri cakap.

Anak 5 orang. Setiap kali beranak sakit misteri tapi zaman dulu sakit sakit pun anak ramai.

Bila beranak yang jadi mangsa maklong dan makngah aku kena jaga adik adik. Maklong aku sendiri cakap nenek tak penah bangun pagi siapkan anak anak sekolah walaupun sekali.

Tidak pernah bangun masak sahur dan berbuka ketika bulan puasa, masak harian pun boleh dikira semuanya anak anak yang agak besar yang buatkan.

Macam dia sekarang macam tu lah dulu. Tapi bukan main lagi demand.

Nak kata sakit teruk dah berpuluh hospital dah kami bawa. Tak ada sakit apa apa.

Ustaz ustaz pun kami ada bawa tapi kata ustaz tiada tanda tanda nenek ada ganguan.

Jari dan tangan nenek halus mulus. Kuku masih cantik. Kerana dia tidak pernah bekerja teruk sepanjang usianya.

Aku tak minta banyak cuma mintak nenek bertaubat memfitnah ibu cucu dan anak anaknya yang lain(ya selalu juga ibu burukkan anak anaknya depan ibu)

Aku cuma nak meluah sebab terlalu sakit hati dengan nenek. Nak dicakap depan depan, dia lah nenek aku.

Apa peranan ayah ketika nenek tak henti henti memfitnah ibu?

Ayah sangat bertangjawab. Menasihati nenek. Memujuk ibu. Setiap kali itu akan jadi drama rajukan panjang dari nenek. Ayah paham ibu penat.

Setiap kali gaji, ayah dah sediakan sedikit bahagian ibu untuk ibu pergi “me time”. Rutin ini bermula dari 6 tahun lepas selepas hadirnya nenek.

Dan setiap kali itu ibu menerima jelingan maut dari nenek.

Di canangnya ibu keluar dari pagi sampai petang. Habiskan duit anak dia. Mujur la anak anak nenek banyak sebelahkan ibu.

Tapi biasala, ada juga yang percayakan dan kata.. Patotla ayah selalu tak cukup duit sebab beri bini joli sakan, sedangkan mereka tak berada di kasut ibu dan ayah.

Sekian cerita saya. Jadikan sikap nenek sebagai sempadan untuk kita.

Semoga kita akan menjadi orang tua yang tidak pernah menyusahkan anak supaya ketika hidup disenangi ketika mati dirindui.

Reaksi Warganet

Nor Fadhilah –
Pernah ade seorang nasihat saya. Kalau orang tu mulutnya puaka, maka kita jawabla seperti si dia mulut puaka.

Kalau orang tu lemah lembut, maka kita jawabla dengan berhemah. Pedulikan yang memerhati, sakit hati kamu tiada siapa peduli.

Widuri Manja –
Bertabahlah confessor. Memang ada je orang tua perangai gini. Jadi anak anak lain yang tak nak jaga tu jangan nak dengar sebelah pihak je.

Kalau rasa emak tu betul terinaya, pergi jaga sendiri. Silap silap berbakul bakul umpat keji kena nanti.

Besar pahala parents confessor dapat. Dan sungguh bertuah bapa confessor sangat memahami isteri dan siap bagi elaun me time bagai.

Semuga orang yang baik baik ni Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan kehidupan mereka..

Junaida Abdul Jalal –
Saya baru ada seorang menantu perempuan last year.

Weekend baru ni kami bertiga (sekali dengan my own daughter) travel untuk shopping raya ke Vietnam. Happy je semua orang shopping baju raya dan tudung.

Saya beritahu pada diri sendiri saya nak jadi ibu mertua yang disayangi menantu.

Saya akan terima segala kekurangan dan kelebihan menantu saya seadanya. Anak anak saya pun bukannya manusia yang sempurna.

Ada benda tak kena di hati, kita cakap depan depan. Selesai segala masalah secara berhemah. Barulah hidup aman damai dan hati pun sentiasa tenang.

Mel Anie –
Lepas ni, update dalam group wasap….

Hari ni ibu masak nasi lemak, nenek makan Sangat banyak dan lepas tu masuk tidur….

Ni Nenek Baru lepas lunch pulut kuning daging rendang 2piring lepas tu tengok tv Dari tengahari sampai magrib…

Malam ni nenek nak makan sup tulang…. Abah keluar belikan sebab ibu demam tak sihat….

Kalau boleh update gambar sekali….

Kadang tak faham, memang ada jenis orang tua macam ni…. Kalau orang tak faham mesti percaya Je sampai benci dekat ibu dan abah keluarga TT….

Nauzubillaminzalik….

Ayna Bloom –
Alhamdulillah nenek saya dua belah pihak baik dengan menantu dan cucu.

Masalah hanya dengan mak sedara yang macam ular.

Cumanya bila nenek sebelah mak dah tua dia nyanyuk dia mula cakap bukan bukan macam tak ada sapa bagi dia makan lagi.

Orang luar kalau datang akan percaya nenek aku cakap, sebab nenek aku jenis ramah mesra.

Kalau cakap dengan dia mula-mula, orang luar tak akan tahu dia nyanyuk dah.

Tapi alhamdulillah nenek meninggal dalam keadaan baik sangat.

Saya harap mak sedara awak tak termakan fitnah nenek awak. Selagi semua mak sedara pakat tahu nenek awak cakap tak boleh pakai, semuanya akan okey.

Ignore je nenek tu anggap umur 70an otak dia macam kanak kanak ribena.

BACA: Hati-hati bila berhenti di ‘traffic light’, anda boleh kena denda RM2000 kalau berhenti terlebih garisan putih