“Cukuplah saya ada 3 orang menantu yang hebat” – Ibu Syamsul Yusof

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

“Cukuplah saya ada 3 orang menantu yang hebat” – Ibu Syamsul Yusof. Sebelum ini, ibu kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail bertindak mengunci mulut dan enggan lagi memberi sebarang respon terhadap pernikahan kedua anaknya bersama Ira Kazar.

Respon isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu dipercayai kerana terlalu kecewa dengan tindakan anaknya yang mengabaikan anak dan isteri sendiri demi orang ketiga.

 

Terbaru, Datin Patimah memuat naik satu hantaran gambar di Instagram Story menyatakan dia hanya ada tiga orang menantu yang hebat-hebat iaitu Nazariah Harun, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Aeisyah binti Ustaz Zainal.

"Cukuplah saya ada 3 orang menantu yang hebat" - Ibu Syamsul Yusof

Bersama hantaran itu, beliau menyertakan latar belakang instrumen Penyejuk Hati daripada Asraf Studio.

"Cukuplah saya ada 3 orang menantu yang hebat" - Ibu Syamsul Yusof

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Patimah Ismail (@dpatimah012)

Terdahulu, beliau sebagai ibu mentua banyak memberikan semangat kepada menantunya, Puteri Sarah yang menghadapi pelbagai ujian sejak empat tahun lalu.

Beliau mengharapkan menantu kesayangannya itu menemui bahagia kerana tak sanggup lagi lihat Puteri Sarah terluka.

BACA :

Boleh guna teknik google maps ini untuk lepas rindu kepada arwah yang telah pergi

Ini sebab Mat Sabu dikurnia gelaran Datuk Seri yang ramai nak tahu