Cuti Thaipusam : Yang buat hal MB Kedah, yang tak puas hati pemimpin MIC tapi yang bersalah DAP?

Cuti Thaipusam : Yang buat hal MB Kedah, yang tak puas hati pemimpin MIC tapi yang bersalah DAP?

Halnya, Kedah batalkan cuti Thaipusam.

Yang buat hal, MB Kedah, orang Pas.
Yang tak puas hati, pemimpin MIC.
Yang bersalah DAP?

Ini macam anak tak lulus periksa, dia salahkan syarikat televisyen yang siarkan siri kartun. Yang anaknya tak belajar, dia sendiri tak pantau anak dia, tak kira bersalah.

Pening juga tengokkan kerenah orang bebal bila dapat kuasa.

Ok aku nak jelaskan hal ini.

Pertama sekali kena fahamkan, cuti Thaipusam di Kedah adalah cuti peristiwa. Bila cuti peristiwa, ia bukan sesuatu yang tetap seperti Deepavali.

Adakah jadi kesalahan untuk kerajaan Kedah batalkan cuti peristiwa ini?

Dari segi perundangan, tiada kesalahan. Tapi dari segi moral, ianya sangat tidak betul.

Bukan setakat penganut Hindu sahaja akan terkesan. Orang lain pun terkesan. Iyalah, cuti kan? Siapa yang tak seronok.

Alasan yang kononnya sedang dalam PKP jadi semua orang seakan sedang bercuti adalah sangat dangkal. Takkanlah pemimpin negeri tak faham erti Work From Home. Work itu ertinya bekerja. Faham?

Dan bukan setakat yang WFH saja. Ada setengah orang yang terpaksa pergi bekerja, yang syarikatnya dikira essential services, mesti diteruskan.

Yang operasi syarikatnya 24 jam pula, maka dia kehilangan overtime. Banyak kesannya kepada rakyat. Dan bukan penganut Hindu sahaja yang terkesan.

Tak ada perayaan masih tak ada hal. Asalkan ada cuti. Jadi penganut Hindu boleh beribadat di rumah. Yang bukan penganut pula boleh berehat dengan keluarga. Dan yang bekerja dapat extra income.

Mungkin Sanusi ni selama hidupnya tak pernah bekerja ‘makan gaji’. Jadi dia tak faham makna cuti peristiwa seperti Thaipusam ini.

Ada pula yang bertanya, Kelantan dan Terengganu tak ada cuti pun. Kenapa tak hentam?

Tak ada cuti bukan masalah. Tapi bila dah ada cuti, kemudian dibatalkan, memanglah rakyat akan sakit hati. Faham tak?

Macamlah kisah kisah hidup berumahtangga juga. Masa bujang relax je. Makan, tidur, berjalan, buat semua benda sendiri.

Sekali lepas kawin, bila pasangan tak ada, terus jadi menggelupur. Terasa sangat perbezaannya. Begitu juga hal cuti. Kalau dah bagi, tarik balik, penerimaan akan berbeza.

Tapi baguslah kalau Sanusi terus hendak keras kepala. Kedah adalah negeri 50/50. Bermakna PH dan pengkhianat sama kuat.

Buatlah begini. Sudah tentu ia akan beri kelebihan kepada PH dalam menghadapi PRU15 nanti. Alhamdulillah… Kebodohan kamu membantu kami.

Inilah bantuan Tuhan. Tak perlu kami susah payah berkempen. Kamu sendiri dah burukkan nama kamu. Alhamdulillah…- FB