Dadah jenis baharu diperbuat dari tulang mayat! Didakwa boleh buat penagih tidur berdiri!

Oleh NADIA HARON

Sejenis dadah berbahaya yang dihasilkan daripada tulang manusia telah menjadikan penagih kelihatan seperti mayat hidup

Atau zombi, menurut laporan akhbar The Sun yang diterbitkan semalam.

Dikenali sebagai kush, dadah ini kini menjadi rebutan di kalangan penagih di Sierra Leone,

Dengan permintaan yang tinggi sehingga memaksa pengedar menggali kubur untuk mendapatkan tulang orang yang sudah meninggal.

Walaupun dadah ini diharamkan, kush dijual dan dihisap secara terbuka di jalan-jalan sekitar bandar ibu negara, Freetown.

Dadah jenis baharu diperbuat dari tulang mayat! Didakwa boleh buat penagih tidur berdiri!

Walau bagaimanapun, ramuan sebenar dadah yang sangat menyebabkan ketagihan ini masih menjadi misteri, namun opioid seperti fentanyl sering dijumpai dalam komposisinya.

Dadah sintetik ini juga diperbuat daripada campuran herba, bahan kimia toksik, pembasmi kuman, dan tulang manusia, menurut laporan akhbar Daily Star.

Tulang manusia yang terkubur mengandungi kesan sulfur yang dikatakan dapat meningkatkan kesan khayal dadah, menurut seorang pakar perubatan.

Akibatnya, para pengedar kini dikatakan menjadi ‘perompak kubur’, yang merompak ribuan kubur untuk mencuri rangka bagi memenuhi permintaan dadah tersebut, kata beberapa penduduk tempatan.

Walaupun tiada rekod rasmi mengenai kematian berkaitan dadah ini, pakar kesihatan menganggarkan bahawa kira-kira 12 penagih meninggal setiap minggu, dengan mayat mereka ditemui di kawasan setinggan, menurut laporan akhbar The Telegraph.

Pemangku penguasa perubatan dan pakar psikiatri residen di sebuah hospital psikiatri, Dr. Jusu Mattia, mengatakan bahawa 60 peratus daripada kemasukan ke hospital itu berkaitan dengan pengambilan dadah kush.

“Kami telah merekodkan hampir 2,000 kes penagih kush pada 2023 di hospital. Banyak yang mati di rumah dan di jalanan,” katanya.

BACA: Ingat ada soalan nak tanya, lelaki dari Penang boleh ‘bantai’ berborak dengan ustaz dalam ceramah di Indonesia