‘Daging mai mana?’, bekas suami dari ‘neraka’ kirim daging babi untuk anak-anak makan

Oleh ISMAIL YAHYA

‘Daging mai mana?’, bekas suami dari ‘neraka’ kirim daging babi untuk anak-anak makan.

Sebagai umat Islam, kita seharusnya memastikan daging yang dimakan adalah betul-betul halal dan tidak ada perasaan waswas

Sekiranya ada perasaan waswas tersebut, kita perlulah menyemak dengan lebih teliti dari mana datangnya sumber daging itu.

'Daging mai mana?', bekas suami dari 'neraka' kirim daging babi untuk anak-anak makan

Seperti isu yang tular baru-baru ini di laman Facebook, seorang wanita berkongsi pengalaman anaknya termasak daging babi telah mencuri tumpuan ramai.

Anak minta ayah tolong belikan lauk basah, sekali tak sangka hampir termakan daging babi

Tiada huraian foto disediakan.

Menerusi perkongsian cerita daripada Cekta Hermosa, anak-anaknya meminta ayah mereka membeli lauk basah seperti biasa untuk dimasak bersama-sama di rumah.

Apa yang membuatkan dia terkejut adalah apabila anaknya tiba-tiba mesej dan bertanya daging apa yang dimasak kerana ia bertukar warna putih dan tidak seperti macam daging lembu biasa.

Wanita itu terus bertanya kepada kawan-kawan Cinanya dan alangkah terkejut bila mendapat tahu itu adalah daging babi. Kawan-kawannya juga melarang supaya mereka tidak makan daging tersebut.

“Semoga family sis dan anak-anak dipermudah kan. Kalau betul sengaja beli memang berdosa la bapak budak tu. Kalau salah tolong report cek penjual daging-daging mentah kat pasar” – Netizen

Susulan tularnya posting berkenaan yang kini telah meraih 2.2K likes, 2.5K comments dan 5.2K shares di laman Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut.

BACA:

Gara-gara taksub nak besarkan punggung, wanita ini maut lepas terima ‘suntikan’ dari jururawat lelaki

Gara-gara nak tarik customer wanita? Abang sado nekad buka baju ketika jual durian tarik perhatian