Pelakon jelita, Anna Jobling akhirnya memberikan respon mengenai foto yang menunjukkan dirinya dicium oleh seorang aktor Indonesia, Karel Susanteo, yang tular baru-baru ini.
Anna, atau nama sebenarnya Ellisa Gustin Jobling, menjelaskan bahawa foto tersebut telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Ya, gambar itu telah disunting. Jelas sekali nampak bahawa ia adalah edit. Sebenarnya, saya sudah biasa dengan situasi seperti ini.
Sebagai figura awam, saya memang sudah biasa dengan pelbagai pendapat dan orang yang rasa berhak untuk membuat gambar-gambar seperti itu untuk dikecam,” kata Anna.
“Saya rasa mereka hanya ingin perhatian. Mungkin hidup mereka bosan sangat, jadi reaksi saya hanyalah ketawa bila melihat gambar tersebut.
Saya juga sudah biasa dengan orang yang mengambil kesempatan untuk membuat fitnah terhadap saya.”
Dalam pada itu, Anna memaklumkan bahawa dia tidak terlibat dalam hubungan cinta dengan mana-mana lelaki kerana sibuk dengan kerjanya.
“Saya bercinta dengan kerja, jadi memang tiada masa sangat.”
Sekadar makluman, foto yang tular menunjukkan Anna dan Karel bercumbu, yang didakwa diambil semasa sambutan ulang tahun kelahiran pelakon Indonesia tersebut pada bulan Mei lalu.
BACA: “Abah muncul lepas 6 tahun sebab nak jual rumah sampai tak mengaku aku anak dia”