‘Dah block, wasap pun papa takkan baca, papa dah tak nak abang dah’, Anak sulung Bosskay rindukan ayahnya buat netizen sedih

Oleh ISMAIL YAHYA

‘Dah block, wasap pun papa takkan baca, papa dah tak nak abang dah’, Anak sulung Bosskay rindukan ayahnya buat netizen sedih

Isteri pertama Boss Kay iaitu Nooraini ada berkongsi satu video memaparkan anak lelakinya menangis kerana merindui sosok si ayah.

Menerusi video yang dikongsikan, anak sulung pasangan ini dilihat memegang telefon bimbit seakan menanti mesejnya dibalas oleh bapa tercinta.

'Dah block, wasap pun papa takkan baca, papa dah tak nak abang dah', Anak sulung Bosskay rindukan ayahnya buat netizen sedih

Kanak-kanak ini mengalirkan air mata kerana terlalu merindui sosok si bapa. Nooraini sempat menjelaskan kepada anak lelakinya itu bahawa Boss Kay telah menyekat nombor telefon mereka dan disebabkan itu, dia gagal dihubungi.

Saya okay kena block tapi anak-anak tak faham. Dia tetap cuba. Dia kata tak apa, dia nak cuba mana tahu papa baca.

Lebih menyedihkan apabila anak kedua pasangan ini iaitu Anzalna kerap mengalami demam kerana terlalu merindui si bapa. Dakwa Noni lagi, dia juga sudah berusaha untuk menemukan anak-anak dengan bapa mereka namun gagal.

Paling sedih bila Nono DM sahabat boss kay secara personal, jawapan mereka tak nak masuk campur. Hanya nak ilmu Boss Kay.

Abang tak demam tapi dia patah hati. Bapa dia tak nak jumpa dia. Anzalna (anak kedua) demam baik, demam baik. Apa lagi Noni nak buat.

Dakwa Nooraini lagi, dia seperti digantung tidak bertali kerana Boss Kay atau nama sebenarnya Khaireel Azlee Abdul Aziz dipercayai tidak hadir ke prosiding mahkamah meskipun tarikh sudah ditetapkan sebanyak dua kali.

BACA:

“Masa new year aku ada trip ke Heathrow dan bini aku tak nak ikut, rupanya dia ada hubungan sulit dengan ex boyfriend, patutlah mengidam nak bau ex boyfriend!”

Akibat kecuaian hospital kerajaan, budak usia 3 tahun lumpuh seumur hidup menang saman RM5 juta