Dah macam cerita ‘Money Heist’! Syiling emas 100kg bernilai RM4.42 juta dicuri dari muzium

Oleh GEMILANGDAILY

Dah macam cerita ‘Money Heist’! Syiling emas 100kg bernilai RM4.42 juta dicuri dari muzium

Syiling emas seberat 100 kilogram bernilai RM4.42 juta yang terletak di Muzium Bode, Berlin dicuri.

Kejadian berlaku kira-kira 3.30 pagi hari Isnin.

Dah macam cerita 'Money Heist'! Syiling emas 100kg bernilai RM4.42 juta dicuri dari muzium

Dengan kawalan keselamatan yang tinggi, lagak pencuri profesional mencuri syiling emas termahal di dunia ini boleh diumpakan seperti adengan yang terdapat di dalam filem The Italian Job. Sukar diterima akal.

Menurut laporan dari portal antarabangsa, syiling tersebut merupakan syiling peringatan yang dikenali dengan nama ‘Big Maple Leaf’.

Syiling istimewa bersaiz 21 inci dengan ukiran wajah Ratu Elizabeth II itu dikeluarkan oleh Royal Canadian Mint pada 2007 dan ia sudah dipamerkan di Berlin sejak 2010 lagi.

Sementara itu, polis Jerman menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Twitter percaya pencuri tersebut menggunakan tangga untuk menceroboh muzium terbabit selepas menjumpainya ditinggalkan berhampiran sebuah landasan kereta api di situ.

Nampaknya ini mungkin kes kecurian yang melibatkan golongan penjahat profesional paling gempak berlaku tahun ini.

Buat pengtahuan anda, syiling emas tersebut merupakan syiling emas yang paling besar dan mahal pernah dihasilkan di alam semesta setakat ini.

BACA:

Lelaki melayu terakhir solat subuh berjemaah dalam KTM buat ramai wanita sejuk hati melihat