Peruncit utama di Amerika Syarikat (AS) menyimpan produk harian seperti coklat, ubat gigi,
serbuk pencuci dan deodoran di dalam rak kaca berkunci berikutan peningkatan mendadak kes kecurian kecil
ketika AS berdepan kenaikan kos sara hidup, lapor portal berita Wion News semalam.
Beberapa pembeli berkata, mereka takut hendak membeli-belah ketika kes kecurian runcit melonjak.
Menurut agensi berita AFP, peruncit utama AS seperti Walmart, Target, CVS, Walgreens,
Home Depot dan Dick’s Sporting Goods adalah antara syarikat yang mencatatkan peningkatan ketara kes kecurian termasuk insiden ganas.
Menurut syarikat-syarikat berkenaan, kes kecurian yang semakin berleluasa berisiko menjejaskan pendapatan mereka.
“Jenayah runcit teratur dan kecurian adalah isu yang semakin serius dan memberi kesan kepada banyak peruncit,” kata Ketua Eksekutif Dick’s Sporting Goods, Lauren Hobart.
Dalam taklimat berasingan, Ketua Eksekutif Target, Brian Cornell berkata: “Sepanjang lima bulan pertama 2023, kedai kami menyaksikan peningkatan 120 peratus rompakan dan kecurian.”
Menurut tinjauan keselamatan Persekutuan Runcit Kebangsaan 2022, peruncit-peruncit AS dianggarkan mengalami kerugian sekitar AS$94.5 bilion (RM440.04 bilion) di seluruh negara akibat kecurian dan kecuaian manusia lain.
BACA: Rupanya ini punya kenapa JPJ buat roadblock besar-besaran seluruh negara sepanjang bulan ini
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio