‘Dah macam kes buang anak’, Anjing ditemui diikat pada pili bomba, nota terakhir pemilik buat ramai sebak
SEEKOR anjing ditemui ditinggalkan di jalanan bersama sebuah beg mengandungi permainan.
Anjing bernama Baby Girl itu ditemui diikat pada pili bomba di bandar Green Bay, Wisconsin di Amerika Syarikat (AS).
Ia kemudian diselamatkan oleh Wisconsin Humane Society (Humane Society), dan badan amal tersebut menjelaskan sebab pemilik membuat keputusan untuk meninggalkan haiwan itu.
Menerusi satu nota yang menyayat hati, ia menjelaskan pemiliknya tidak mampu menanggung dari segi kewangan untuk menjaga haiwan yang mempunyai masalah kesihatan yang serius.
Ini kerana pemiliknya perlu menanggung kos rawatan perubatannya sendiri.
Humane Society mendapati anjing itu menghidap diabetes mellitus, atau dikenali sebagai diabetes anjing, yang bermaksud badannya menghadapi masalah menguruskan gula dalam darah.
Seorang jurucakap Humane Society berkata: “Ia boleh menjadi penyakit yang memerlukan kos tinggi untuk diuruskan, pembelian bulanan insulin dan kemungkinan bekalan perubatan lain.
“Pertama sekali, kami bersimpati kerana anda (pemilik anjing) terpaksa berpisah dengan ‘kawan baik’ anda.
“Terbukti betapa anda menyayanginya dan kami dapat melihat anda melakukan yang terbaik semasa bergelut dengan komplikasi perubatan dan cabaran hidup anda sendiri.
“Dan kami melihat perasaan sayang anda dalam nota yang anda tinggalkan, merayu agar seseorang membantunya kerana anda sudah tidak mampu lagi,” katanya.
BACA: