‘Dah macam toyol hitam’ – gadis test motor baru junam dalam longkang

Dah macam toyol hitam gadis test motor baru junam dalam longkang

‘Dah macam toyol hitam’ – gadis test motor baru junam dalam longkang. Tiga gadis ditemui dalam keadaan berlumuran dengan air longkang hitam legam selepas motosikal yang dinaiki mereka dilapor terbabas ke dalam longkang di kawasan Desa Gubug, Kabupaten Grobongan, Indonesia.

Menurut Detik.com, Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Grobongan, AKP Deni Eko Prasetyo berkata tiga gadis itu dipercayai sedang mencuba motosikal baharu.

“Mereka tidak tahu motosikal itu berat malah mereka bertiga menaikinya bertiga jadi bertambah berat untuk ditunggang. Yang memandu tidak dapat menahannya, lebih-lebih lagi sewaktu lalu bonggol,” kata Deni ketika dihubungi Detik pada Khamis.

Kata Deni lagi, penunggang motosikal itu tidak dapat mengawal kelajuan motosikal yang ditunggangnya. Ketika melintasi lorong sekitar Pasar Gubug, tiga gadis itu akhirnya terbabas ke dalam longkang di tepi jalan.

Dah macam toyol hitam gadis test motor baru junam dalam longkang'Dah macam toyol hitam' - gadis test motor baru junam dalam longkang

“Disebabkan hilang imbangan, mereka terhuyung-hayang dan terjatuh ke dalam longkang,” jelasnya.

Kata seorang saksi, kejadian tiga gadis yang terjatuh dalam longkang itu telah tular di media sosial Indonesia dan menjadi bualan penduduk sekitar di Pasar Gubug.

“Saya juga ada dengar cerita tiga gadis tersebut. Tapi saya tak tahu apa yang berlaku. Sebab ketika melintas jalan di sekitar pasar, tiga gadis yang terjatuh itu sudah tidak ada. Ramai yang bercerita tentang kejadian itu,” kata saksi kejadian kepada Detik.

Sebelum ini, dalam video yang tular di media sosial menunjukkan ketiga-tiga gadis itu telah ditertawakan kerana seluruh badan mereka dari kepala hingga kaki dipenuhi air longkang yang hitam legam.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh magelang raya (@magelang_raya)

BACA:

Bergurau bawa padah, dakwa bawa bom rupanya main-main sahaja

Ini keadaan sebenar kereta mangsa tragedi Batang Kali buat semua terkedu

Peluncur udara di Sabah maut terhempas di cerun konkrit

CATEGORIES